Followers

Saturday, December 31, 2011

HAPPY NEW YEAR 2012


Selamat Tahun Baru UoLs!!!!

Mitzest mengaharapkan tahun ini lebih baik dari sebelumnya..Insyaallah... ;)





Thursday, December 29, 2011

SELAMAT HARI ULANGTAHUN BUAT SUAMI TERCINTA

hAPPy birthday papa!!!! 
SUPRISED...

.
.
.
.
.
.
Riuh 1 bilik bila mitzest masuk sambil membawa kek dengan lilin yg terpasang dan yg lain menyanyikan lagu " happy birthday"
.
.
.
"SO SWEET"
.
.

Ingatkan yg girl2 je pandai nak suprise!!ha3 
Comel je abg2 mitzest yg last minit call nak buat suprised tuk mr.husby, ye la mitzest ingat nak candlelite dinner je celeb berdua , mana tau tetibe dpt called..haha..
Mr.husby dah asyik tanya "siapa je call byk kali tu" mitzest jawabla kawan , then ajak la mr.husby ni gi berkaraoke,tekak teringin nak nyanyi katanya..ha3
Dengan sekali ajak je dah dapat melancarkan misi abg2 saya tuuu..heee


Taaarraaaa!!!!
Misi last minute kami berjaya :)
Hbis kek tu terkenal letop2 reben tu meriah mcm sambut new year..
Terima kasih buat abg2 skudai semua :))
So this year mitzest bg present herbalife ..
Yeala azam tahun depan dia nak bekerja keras untuk buka petshop dia  tu..
So sebagai isteri kita kenalah jaga kesihatan dia kan..:)
.
.
Semoga Hubungan kami bahagia ke akhir hayat ...


FLASHBACK BIRTHDAY



(2010)
Suprise birthday party from me & izzat (adik) yg kebetulan nak celebrate bday gf dia :)





(2009)
Masa ni planning dengan anak bujang mitzest yg pakai cap kat tas ni..
Memang kelakar betul masa ni, kononnya nak lari dari birthday sendiri mlam sebelumnya siap ajak weols pergi memancing tidur rakit di TIRAM FISHING RESORT.
Dlam hati memang excited nak suprisedkan dia..ha3 ..jahat tak!!hee
Sebelom gerak tu mitzest ngan Aan (anak) pergi la beli cake kat season yg berdekatan, pasal weols ingat mcm biasala celebrate kat jb mana tau nak gi laut ,cepat2 weols beli cake..
Sampai rumah weols kena marah taw!!!!hahahaha
Mr.Husby" pergi mana lagi dah nak gerak sempat lagi merayap org dah tunggu tau!!"
Dalam hati sedih gak kena marah..haha.Tapi takpee birthday boy nya pasalkan.. Sampai jeti 1 keje plak nak elakkan dia nampak kotak cake sebelom menyeberangi laut , dah si anak bujang mitzest mngelak2 bila papa dia tanya.."Barang an la pa"hehe


Sesudahnya kek nya seperti ini yea setelah naik bot..hahaha
Sampai je sana trus gi kitchen letak kek pakat ngan Abg Atan (owner rakit)..
Terus dia standby...Apalagi nyala lilin menyanyi la yea ramai2 tanpa music!!!
hahahahaha....


tersusun rapi ni tuk lunch.. extra special dari owner rakit...Abg atan ni baikk :))


Dah penat memancing,makan, happyII, kami pun balik dengan happy :))


(2008)
Masa ni tak nak celebrate sangat pasal masa ni mitzest baru lepas hbis pantang.. No idea to suprised jadi berkaraoke la..Masa ni tak plan nak beli kek tp ade jugak kek buah mcm ni yea..
Thanks panjang (darren)

Haaaa!!Tetibe plak ade kek jadian kan....Ni pulak dr kak jenny dia datang bawak kek trus!!hehe
Thanks sys jenny.. :)

Saturday, December 17, 2011

Herbalife

Baru2 ni mitzest byk menghabiskan masa dengan aktiviti2 yg berkaitan peluang perniagaan, antaranya ialah HERBALIFE. 
Mitzest baru lagi nak menjinak2an diri katanya..hehehe..
Tp memang tak dinafikan ramai testimoni yg datang berpuas hati ngan produk ni,tu yg membuat mitzest tertarik untuk mencubanya..



Presentation By Nurul Wahab





Sunday, December 4, 2011

OMBAK RINDU


Malaysia dilanda ombak rindu...Sana sini org duk sebut citer ombak rindu
nak keluar pawagam..Ha, skunk dah keluar pawagam, Fesbuk pula dilanda 
penonton ombak rinduuu...Heeeee...
Ni tak sabar2 nak tgk ni,masa je belum ade,Mr husby bz plak..Klu boleh nak nangis sama2 kan baru touching2 sikit jiwa masing2...hehehehe....Ni mitzest citer sikit sinopsis dari novel k..

SINOPSIS NOVEL OMBAK RINDU

Izzah adalah seorang  gadis yatim piatu yang kematian org tua mereka akibat kemalangan jalan raya.Justeru itu, bapa saudaranya Taha mengambil tugas untuk memelihara Izzah. Iteri Taha tidak senang dengan kehadira Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang .Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam.Izzah terpaksa mengikut kehendak pak cik saudaranya ituwalaupun dalam hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan yg bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yg mahal dari tauke kelab malam dan membawa dia keluardari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah,akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat, semuanya harus di rahsiakan..

Kehadiran Mila Amilya anak Tan Sri Rashdan ,iaitu model dan pelakon terkenal tanah air menggugat  cinta Izzah yg mula berputik kepada Hariz.Dapatkah Izzah menerima Mila sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yg dibina atas kehadiran org lain?Bagaimanakah tindakan Dato Sufiah setelah mengetahui cerita sebenar??? 

.
.
.
.
Ikuti perkembangan cerita dari novel dan filem yg masih di tayangkan di pawagam!!!!

Wednesday, November 30, 2011

FITNAH

Baru2 ni tersebar berita fitnah tentang perkahwinan nursyella bersama bekas ketua polis johor Tan Sri Musa Hassan..Gambar yg tidak berapa jelas menyerupai Tan Sri musa hassan di sebarkan 
dengan meluas melalui blog dan facebook itu membuat org ramai membuat andaian negative 
kepada nursyella....
.
.
.
.
Sepatutnya org yg tak bertanggungjawab ini fikir dan selidik kesahihan dulu sbelum membuat andaian
yg telah mendatangkan fitnah......Perkahwinan Nursyella memang di buat secara privasy 
kerana hormat dengan perintah suaminya yg tidak mahu publisiti...
.
.
.
.
.
Macam2 hal la dengan dunia sekarang, bangga agaknya ea aibkan org..Tak pasal2 Tan Sri Musa kena fitnah oleh mereka2 ni...Dunia akhir zaman begini la agaknya yea...Hurmmm..


Ni sedikit imbasan ...

Sebagai manusia kita tak patut judge negativ atau memberikan komen tentang kehidupan peribadi org lain sedangkan diri kita pun tak pernah perfect amalam dunia akhirat ni..So tak perlu memberi komen2 yg kasar atau mengaibkan org lain..Contohnya di facebook kita hari ini,Tak kira la apa yg mereka lakukan atau apa pun yg kita sendiri rasa 
tak elok tapi cukup memberi teguran dan selebihnya biar la urusan mereka, tak perlu menghentam atau caci maki.....
Tgk ajalah sekarang ni , komen atau like gambar2 mengarut dan keaiban org  dengan cepat tersebar meluas..............Komen2 pula maki hamun caci maki,
dan sebagainya terkeluar.....Mitzest Harap sama2 la kita renung2kan kekurangan diri kita sebelum menilai org lain......Minta maaf klu ada sesiapa tersinggung dengan kata2 mitzest...
.
.
.
Wassalam

Monday, November 21, 2011

MALAYSIA MENANG!!!!!



GOL!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hanya jeritan yg mampu mengungkapkan kegembiraan...
.
.
.
.
.
Pemain malaysia menewaskan indonesia pada perlawanan akhir bola sepak SUKAN SEA di STADIUM BUNG KARNO JAKARTA,INDONESIA sebentar tadi..Pasukan harimau malaya ini menang 4-3 pada penentuan penalti selepas perlawanan terikat seri 1-1 pada perlawanan tadi..

.
.
.
Apa pun ucapan tahniah untuk pasukan Malaysia...Proud to be MALAYSIAN!!






Ucapan tahniah dari LIVERPOOL FC

MALAYSIA VS INDONESIA

Perlawanan akhir bola sepak SEA GAMES 2011 MALAYSIA menentang INDONESIA
amatla meriah baik di Indonesia mahupun di malaysia.. 
Mitzest dan suami layan bola kat rumah ni je pun mcm nak roboh je rumah dibuatnya belum lagi penyokong2 malaysia kat luar sana..Penuh la restoran2 yg ada TV besar mlm ni kan....hehe
.
.
.
Dlam keadaan sengit begini pun ade pihak berpropaganda dengan isu ni...Ni pun mitzest tahu lepas terbaca blog ni mengatakan Yahoo melakukan kesilapan sebelum perlawanan tempoh hari..


Keputusan tempoh hari berpihak kepada Malaysia 1-0 mcm mana pulak bley kata kita kalahkan...Haisshhhh...
* Sila klik kat image tuk besarkan..

MARI MENABUNG

Entry ni nak minta pendapat uols la tentang akaun apa yg terbaik untuk anak2.. Yela since dia born duk tumpang kan bank GIRO mama dia je..hehehehe. 
Try gak google banyak pilihan sangat sampai sakit mata bergoogle ni..
So setelah melakukan survey ingat nak try Nuri ,ASD & Yippie..
SSPN pun oke cuma monthly la pulakan,Lagi pun dah bertahun tertangguh niat nak buka akaun my princess ni,alasan malas nak Que je..haha..ASB mama dia pun suh cik huda dia yg masukkan kat POS, hehe
Tabung Haji pun oke, ouh rambangnya tak tahu nak yg mana satu niiii...
.
.
.
.
.
Peningnya ouh peningnya nak buka akaun mana satu ni...hahahaha.. Esuk ingat nak gi buka akaun lupa la pulak hari jadi sultan johor jadi cuti bg kawasan johor yea..So lusa la kena postpone gi bank ni..
.
.
.
So lusa ingat nak buka akaun ASD & Yippie dulu la,pasal nak buka kat maybank kan sekali jalan je la yea. Then ada rezeki baru la buka nuri,pasal nuri ni byk gift bley dapat kan anak2 pompuan ni suka gift2 yg comel2 baru ade minat nak menabung...hehehehe...
Next year baru buka SSPN pula tapi nak tolak gaji sapa eak..* Confirmla si suami..hahaha
Dah buka akaun SSPN ni senang la tuk masa hadapan anak2 ,at least klu dapat masuk mana2 universiti kurang sikit la nak berhutang dengan PTPTN tu kan..Beribu hutang nak bayar balik nanti ,masa tu pula umur kita dah baper takkan bekerja pulakkan..hehehe.. Mama doakan yg terbaik tuk anak2..
.
.
.
.
Then tabungan haji pun perlu yea, niat nak simpan tuk haji atau umrah..Hehehe
Mitzest pun mak yg buka tyme kecik2 ada sampai skunk ni tak tukar2 nama lagi taw..hahaha
So jadi tradisi keluarga la pulakkan mitzest buka akaun untuk anak pula..Cewah!
So nanti bley gi umrah ngan family lepas ni.Insyaallah....


Saturday, November 19, 2011

Sabar Itu Separuh Dari Iman

Memang ada kena mengena ni dengan kesabaran gue hari ini...
Punyalah bersiap bagai nak rak ,untuk hadir ke wedding my fwen, skali Mr.Husby balik dari keje dapat call kena keluar lagi..Huhu..Mana tak geVam mitzest hari ni...
Mitzest rindu ngan kengkawan kat luar tu......Tak pe la, Sabo jer la eakk......
To Adik Normala & Suami selamat pengantin baru semuga bahagia ke anak cucu yea.. Tak de rezeki la akk nak tgk adik akk ni bersanding.....
.
.
.
.
.
.

sabar itu separuh dari iman,
kerana dari kasabaran itulah kita dapat menguji keimanan kita,
biarlah apa yang orang nak doq kata tentang kita,,
dia kutok ke maki ke dan mengumpat kita pun,,
kita hanya mampu bersabar dan ingat ALLAH sentiasa ada dengan orang-orang yang bersabar,
Berkata Al-Imam Al-Ghazali
"Ketahuilah bahawa sabar itu ada dua bahagian":

Pertama: Bahagian badan, seperti menanggung kepayahan dengan badan dan tetap dengan kepayahan itu, ianya samada dengan perbuatan seperti mengerjakan perbuatan (pekerjaan) yang sukar, dan kadang-kala denagn perkara2 ibadah atau bukan ibadah. Ada kalanya penanggungan, seperti sabar di atas pukulan yang kuat, kesakitan yang serius dan luka yang parah.

Berkata al-Ghazali lagi: "Yang demikian itu kadang-kala terpuji bilamana menepati kehenak syara'"

Kedua: Kesabaran diri (jiwa) adalah yang terpuji dan sempurna.

Tuesday, November 15, 2011

Wedding Nursyella

Baru-baru ni meriah dengan wedding sana sini ,
 maklumlah tarikh 11.11.11 meriah jemputan sana sini. So tarikh ni weols pakat sama2 gi KL saja jalan2 cuci mata ..hehehe
Kebetulan ada wedding kat KL , So weols pergi wedding penyanyi NurSyella  yg menyanyikan lagu menangis dalam hujan tu...



Ni doorgift dari nursyella, cantikkan dalam dia ade chocolate ferrero rocher..


Bergambar kenangan bersama pengantin dan kak zeha (URTV)


Sempat lagi posing dengan pija comel ni....

Saturday, November 5, 2011

Thank God I Found U

I would give up everything
Before I'd separate myself from you
After so much suffering
I've finally found unvarnished truth
I was all by myself for the longest time
So cold inside
And the hurt from the heart it would not subside
I felt like dying
Until you saved my life
Thank God I found you
I was lost lost without you
My every wish and every dream
Somehow became reality
When you brought the sunlight
Completed my whole life
I'm overwhelmed with gratitude
Cause baby I'm so thankful i found you
I would give you everything
There's nothing in this world
I wouldn't do
To ensure your happiness
I'll cherish every part of you
Because without you beside me
I can't survive
Don't wanna try
If you're keeping me warm each and every night
I'll be all right
Cause I need you in my life
Thank God I found you
I was lost lost without you
My every wish and every dream (every dream, every dream)
Somehow became reality
When you brought the sunlight (brought the sunlight)
Completed my whole life
I'm overwhelmed with gratitude
Cause baby I'm so thankful I found you
See I was so desolate
Before you came to me
Looking back I guess it shows
That we were destined to shine
After the rain to appreciate
The gift of what we have
And I'd go through it all over again
To be able to feel this way
Thank God I found you
I was lost lost without you (lost without you baby)
My every wish and every dream
Somehow became reality
When you brought the sunlight
Completed my whole life (whole life)
I'm overwhelmed with gratitude
Sweet baby I'm so thankful I found you
Thank God I found you
I'm lost lost without you
I'm overwhelmed with gratitude
My baby I'm so thankful I found you
I'm overwhelmed with gratitude
My baby I'm so thankful I found you

Saturday, October 29, 2011

JB - DESARU



Happy birthday to my sister & my bestie nurul, weols celebrate kat desaru,juz naisssss :))
Weols pun tak plan sangat nak ke laut sebab musim2 tengkujuh risau jugak hujan dan ombak besar,tp weols  redah je la dari takde aktiviti lain , asyik kat jb je..Sesekali nak juga tempat yg mendamaikan...
Alhamdulillah syukur sangat2 plan weols berjalan lancar je,mulanya nak bertolak pagi tp risau pula terbakar kena sunburn then mitzest suggest kan gi petang je la mendung sikit...



Sampai2 je weols susun la barang2 pot luck n bentang tikar, then duduk trus NGAP!!! 
Kebulur sangat masing2 time ni..Hahaha..


Sejuk je tgk pemandangan kat laut ni..Segar sikit otak..hehehe
Time ni ramai india sedang berkelah,mungkin mereka masih mood raya DEEPAVALI bawa family keluar berkelah...Jam menunjukkan hampir 6.30pm kami bersiap untuk mengemas apa yg patut untuk pulang...

Friday, October 28, 2011

JAKARTA 2011

Pecutian ni sebenarnya biznes trip mitzest ngan sister, tp bila ramai pula yang nak follow jadila melencung beramai2 , berjalan di sekitar bandar jakarta.....



Masa ni kat changi airport berejam jugala tunggu kawan2 yg lain..
Call punya call mereka dah nak sampai ,so kami trus check-in dulu sebab makin lama makin ramai org nak check-in ,beratur memanjang jugala..
Weols semua naik flight 8am so betolak dari Jb jam 5am so ramai2 pakat tak nak tidur...haha


Dorg sampai mmg last minit kecut perut juga risau dorg tertinggal flight yea la,
planning sume last minit nk follow tp alhamdulillah lancar juga perjalanan kami..Kami naik flight 
TIGER AIRWAYS mmg gila laju pilot dia bawa.. biasa weols naik takde pula bergoncang truk ni
bawa ke kiri ke kanan mcm nak elak kura2 je, dah la weols sume tak tidor..haha


Nak makan apa pun tak selera , simple je menu dia tetiba je teringat  menu AIRASIA..hahaha
Tidur dalam flight ni ibarat naik lori langgar lubang je rasaaa...Adoiii


Sampai2 je masing2 dah nampak perubahan tenaga masing2 kononya dalam plan sampai2 jejak kaki ambik transport terus berjalan di tempat2 tujuan yg weols dah plan 
tetapi sume dah mcm mayat hidup yg tunggu nk sorong bantal je..Weols sampai je kat soekarno hatta airport cari benda makan dulu dapat la bekfes ngan A&W..Then weols naik taxi ke hotel ..

Sampai hotel AMARIS MANGGA DUA SQUARE dah tentu lah belum boleh check-in lagi kan so banyak masa lagi   nak dihabiskan sementara menunggu jam 2..Oh 3 jam lagi tuuuu.Nak taknak berjalan
la kami di mangga dua square beramai2..Banyak kedai belum di buka lagi maklumla waktu masih awal dan waktu mereka lewat 1 jam dari kita bayangkan la kami pagi2 buta dah ade kat shopping mallll....Wakakakakka...

Jam menunjukkan 15minit nak kol 2 apa lagi cepat2 berangkut balik ke hotel...
Plan bila check-in ada acara birthday party di Sands karaoke tp bila sume dah dapat bilik apalagi..Membuta!!!!!!!!hahahaha

Baru dapat lelap dah bunyi call bertubi2 masuk (Enen : Alang cepat adik tunggu kat SANDS ni)
Adoi hati berbelah bagi yg lain dah waning jangan kejut dorg sampai malam, nak tak nak kena juga pergi ke birthday party..Tak jauh pun dalam 1 bangunan je,bangunan  mangga dua square ni mmg besar ..
Jalan2 kat mall dia je bley sesat nak cari jalan ke hotel  dan mangga dua square juga bersambung dengan hotel Novotel hotel...


Hari kedua kami di sini ,plan jadi penuh la nak cover plan yg semalam tergendala...hehe
So pagi2 kami call Pak budi yang menjadi pak supir kami,,pak budi ni atas recomendation kawan my sis yg selalu berada di jakarta...Pak budi ni mmg puntual 9.30am dah terpacak kat depan hotel pusing2 bersama avanza..Nasib mitzest turun awal klu tak kesian pak budi  mundar mandir ngan avanza lalu depan lobby..Mitzest kenal pun ikut naluri hati je main tegur pasal ramai agen2 transport amik pelancung kat lobby ni...Seperti biasa joyah2 dua org ni mesti lambat..hahaha
Lepas semua berkumpul weols pun jalan tp ape2 pun mestilah alas perut,Weols decide nak try nasi padang pure punya indonesian,Pak budi pun bawa weols pergi makan di GARUDA RESTORAN.. Actually mcm my freind anna & helmy yg dah biasa makan nasi padang di indonesia ni ,klu nak murah lagi kata mereka makan la di nasi padang SEDERHANA ,memang top  tempat2 ni... 




Selepas sesi makan kami meneruskan perjalanan ke Tanah abang dan apalagi shopping la!!





Berejam kami menghabiskan masa di sini... sian pak budi yg tidur di parking...hehehehe

Selesai memborong kami meneruskan perjalanan ke monas ,,cantik menara MONAS kan...Kat atas menara ni ada emas 11 tan taw..Hehehee
Google!!

Menurut sejarah bangunan setinggi 128,70 meter ini dibangun pada era presiden
Sukarno,tepatnya pada tahun 1961.Awalnya,sayembara digelar oleh sukarno untuk mencari lambing yang paling bgus sebagai ikon ibukota negara.Sang presiden akhirnya jatuh hati pada konsep obelisk yang dirancang oleh Friederich Silaban.Namun saat pembangunanya,sukarno merasa kurang dan kemudian menggantikan dengan arsitek Jawa bernama Raden Mas Soedarsono.Sukarno seorang insiyur mendiktekan gagasanya kepada soedarsono hingga jadilah Tugu Monas seperti yg dapat kita saksikan saat ini..




Selepas MONAS kami ke ANCOL pula tp sayang waktu kami sampai dah malam..
Masing2 pun dah keletihan mengerah tenaga berjalan....
Tak dapat nak amik gambar sangat kat ancol theme park sbb tempat ni cantik di waktu siang pantai2 pun cantik....Next Trip wajib ke ancol dulu..hahahaha

google



Tak nampak keindahan ancol diwaktu malas so weols melepak kat sini merehatkan sengal2 badan je..hehehehehe....Bila kat sini kami terasa melepak kat stulang je..hahaha
Dah habis pusing2 ancol kami trus balik hotel untuk mandi2 then planning nak ke Stadium & Millenium dan Hard Rock Cafe tp rupa2nya sampai hotel weols mandi2 trus tidur!!!!!hahahahaah
Klu kat jb tahan pulak mata masing2 burung hantu tp kat tempat org kami selera makan dan tidur awal..Bgus betulla harus diamalkan....hehehehe

Esuk pagi2 mitzest call bilik kawan2 yg lain dlam kol 7am,,tak de org angkat..... mereka dah Check-out yea la lupa pulak dorg flight pagi manakala mitzest pula flight tghari....Bangun2 packing la apa2 yg patut kat bag risau dah menjelma rasa mcm dah lebih 20kg je beg ni...Hahaha..Byk sangat memborong sampai lupa keupayaan bag tu..
Tekan punya tekan ...Amek kaw! dah terkeluar sikit benang..hahahahahaha.
adoiyaiii..Dalam hati risau juga kena tax atau terlebih berat ni...leceh larrrr..hahahahahahaa..
.
.
.
.
.

Pagi punya semangat bangun pagi,, baru teringat baju tuk hari ni nak pakai takde..Lupa pulak jalan2 semalam nak beli, tanya operator hotel mall buka jam 11 adoi nak tak nak kena pkai my sister huda punya baju..haissss
biasa klu melancung bawak baju byk tapi tak pakai, shopping je truss pakai..Kali ni kononnya nak jimat space bag ,bawak baju sikit then shopping kat sini je tp sume shopping baju2 yg meriah pula, tak kena plak glam2 sangat gi aiport....hahahahahahhaMacam manala boley lupa ni!!!!


Sampai je airport weols trus cari tempat makan tu hujung2 airport perginya....haha
Lepas dah order makan, tgh syok2 menikmati makanan ni terasa plak  aura yg semacam kat tepi table ..Rupanya Anang (Ex-Husband Kris Dayanti )bersama ngan girlfreindnya Ashanty... Trus benti bgtau my sister ,excited nak ambik pic dia,, sampai makan pun dah tak lalu ...Risau dorg trus blah kang tak sempat amik gambar salam2 ngan dorg... Selesai je my sister makan weols pun perkenalkan diri then minta izin amik gambar senyum meleret mitzest sampai dalam flight tersengih2!!!! Bukan apa suka sangat couple ni hari2 dok kuar TV indon RCTI , maklumlah rumah mitzest dapat 3 channel indon okey!!hahahaha....

Berangan2 jugak >>sampai je dalam flight kebulurQ!!! adoi tu la excited jumpa anang punya pasal ,makan pun tak lalu kat restoran tadi....hehe
Tunggu la bila cabincrew ni nak datang sorong troli makanan...Ingat nak bedal nasi or sumthing yg berat2 tuk alas perut kosong ni, tp sampai kat seat weols tinggal sandwiches jerkk....adoi telan je la  dari tak de!!hahahak


Alhamdulillah sampai juga kami di Changi..Ni tgh tunggu bas TRANS ke johor bahru..Nak naik taxi mahal la dai Singapore to JB..hahahahahahaha....Next trip ke jakarta-bandung pada bulan FEB kali ni mesti kena tidur puas2 kat JB dan kuatkan stamina nak berjalan..Maklumla surirumahtangga jarang exercise mcm ni la gayanya..Kurang olahraga so kurangla stamina yea..hahahaha..Byeeee ;)