Followers

Sunday, December 4, 2011

OMBAK RINDU


Malaysia dilanda ombak rindu...Sana sini org duk sebut citer ombak rindu
nak keluar pawagam..Ha, skunk dah keluar pawagam, Fesbuk pula dilanda 
penonton ombak rinduuu...Heeeee...
Ni tak sabar2 nak tgk ni,masa je belum ade,Mr husby bz plak..Klu boleh nak nangis sama2 kan baru touching2 sikit jiwa masing2...hehehehe....Ni mitzest citer sikit sinopsis dari novel k..

SINOPSIS NOVEL OMBAK RINDU

Izzah adalah seorang  gadis yatim piatu yang kematian org tua mereka akibat kemalangan jalan raya.Justeru itu, bapa saudaranya Taha mengambil tugas untuk memelihara Izzah. Iteri Taha tidak senang dengan kehadira Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang .Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam.Izzah terpaksa mengikut kehendak pak cik saudaranya ituwalaupun dalam hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan yg bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yg mahal dari tauke kelab malam dan membawa dia keluardari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah,akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat, semuanya harus di rahsiakan..

Kehadiran Mila Amilya anak Tan Sri Rashdan ,iaitu model dan pelakon terkenal tanah air menggugat  cinta Izzah yg mula berputik kepada Hariz.Dapatkah Izzah menerima Mila sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yg dibina atas kehadiran org lain?Bagaimanakah tindakan Dato Sufiah setelah mengetahui cerita sebenar??? 

.
.
.
.
Ikuti perkembangan cerita dari novel dan filem yg masih di tayangkan di pawagam!!!!

No comments:

Post a Comment