Followers

Thursday, September 29, 2011

Cerita Rumah Tangga


Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o
ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...


Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..
HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan

Monday, September 26, 2011

Raya 2011


Selamat Hari Raya semua, tahun ni mitzest and the gang beraya sakan maklumlah masing2 laki sibuk jadi si isteri2 ni apalagi serbulah rumah kawan2 perempuan kami..Agak selesa la kan beraya dengan gurls2 kan yg tak bley angkat anak2 lar klu dah jumpa kawan2 mengalahkan mak-mak jer semua lagi dasatttt.Semua rumah dorg buat kecuh hbis...Hahahaa..Yang tak best pula byk jemputan sy tak boleh pergi maklumlah tak pandai drive jadi menumpang la kereta kawan area pasir gudang yg boleh saing balik,berjalan mereka berjalan lah sy.. Ramai yg kecik hati yeala di facebook byk gambar2 raya tp tak dapat datang rumah mereka ni,,harap  mereka ni fahamlah keadaan sy ni yea hati memang nk pergi dah cuba ajak tapi tuan kereta tak bley nak pergi so tak bolehlah nk buat apa kan....Harap maaf ~

Selatan Thailand

Lama tak update my blog kan sibuk dari bulan puasa lagi , So hari ni i nak share holiday bersama keluarga tercinta di selatan thai memang teruja sangat sampai terbakar kulit pun tetap seronok...
Banyak tempat2 menarik untuk dikunjungi cuma kena tahan sikit la cuaca panas kat sana...Tempat2 yg kami sekeluarga kunjung Narathiwat,Hatyai,Yala , Songkhla dan Pattani...

Pengalaman yang paling tak dapat dilupakan adalah pengalaman berada di tempat darurat seperti Yala.. Di siang hari keadaan yala adalah amat sibuk seperti di tempat2 lain tibe je lepas maghrib jalan dah jadi sunyi kedai2 pun tutup hbis so klu siapa2 yg datang berkunjung di yala tu klu nk bershopping tu biarla puaskan shopping sebelum magrhib yea.. ;)

Samila Beach

Telur Bakar & telur bakar rempah


Tempat pertama yg kami tuju ialah Hatyai,, mungkin silapnya apa yg di rancang semuanya lari ..Sepatutnya mitzest dan suami masuk ke thailand hari raya ke 4 atau 5,, tp malam raya kami bertolak balik kelantan dari johor sampai2 kelantan,,tgk2 adik ipar dah sibuk nk bersiap pergi hatyai shopping..hahaha.. Suami suruh mereka pergi dulu tp mereka tetap nak gi saing... Nak tak nak kena ikut juga..Agak kelam kabut juga la pasal kami pun baru je sampai dah nk kena jalan lagi ,klu tahu tidur dalam kereta puas2 sian kat suami..Jalan je larkan....hahaha....Apabila sampai je di Hatyai punya la sesak jalan, maklumla hari raya pertama org ramailah berjalan kebanyakkannya pelancung dari Malaysia..

Puas kami cari hotel, semua penuh nak tak nak kami suruh tuktuk tu cari juga.. Mitzest bernasib baik kerana keluarga suami semuanya tahu bercakap siam ,tak dapat bayangkan mitzest dengan org lain nk berjalan di Negara gajah putih ni... Selepas 2 jam mencari baru la dapat hotel yg tak berapa nk hotel memang pengalaman pertama kami sekeluarga tidur di hotel murah ni tp nk buat mcm mana dr kami tidur tepi jalan kan...Hahaha..Letak je bag kami terus berjalan membeli-belah memang sesak di bandar Hatyai ni happening gilerrrr dan harga barang2 pun  murah tp kena pandai tawar menawarla sy cuma tunjuk suami la tolong tawarkan klu pelancung harga lain klu Kon Thai(org thai) harga lagi murah tu yg best dapat suami siam..Hahahaha..

Esuk pagi kami pergi ke Songkhla dan mitzest dan suami berpisah dengan keluarga mertua dan besan yg lain di songkhla kerana mereka nk berjalan di skitar hatyai lagi, tak puas shopping la tu kan.hehehe.....Mitzest dan suami pergi meninggalkan keluarga di Samila Beach yg patut korg pergi.,,sgt cantik dan seperti biasa ramai pelancung malaysia je bersepah2 kereta malaysia di jalan raya..Klu ke Samila beach ni jgn lupa mencuba telur bakar oke ;)



Tuk tuk

Malam kedua kami tidur di bandar yala sunyi je kecuali di tempat2 hiburan sempatla juga berkaraoke di My japan karaoke sikit je lagu melayu so tak puas la menyanyikan...haha.

Seronok shopping kat sini org2 peramah ,, majoriti di yala ni beragama agama islam so senanglah nk cari makanan halal dan yg membezakan Islam ngan org buddha kat sini org siam tak bertudung yg beragama islam bertutup semua...Di Yala ni jgn terkejut kereta kebal merata2 jalan askar penuh giat buat rondaan risau jugak lar kena tembak atau kena bom kan memang inilah pengalaman yg terbaik berada di sini melihat sendiri bandar darurat tp bg penduduk sini itu semua sudah menjadi kebiasaan bg mereka...

Syukur la kami rakyat Malaysia bumi tercinta tak ada rasa bimbang atau takut menjalani kehidupan harian bayangkan saudara sebelah suami yg tinggal di bandar yala ni sanggup bermalam di hotel bersama kami dari pulang ke rumah yg jauh pada waktu malam,, sebab risau kena tembak... Bila malam penduduk kena duk2 diam2 dalam rumah , budak kecik pun selamba je kene tembak..sedih kan!!

Malam ketiga kami masih di selatan thai setelah penat seharian berjalan seluruh
Pattani dan yala juga dapat merasai dan tgk sendiri keindahan air terjun di pattani mmg best sangat,kat sini mereka sambut hari raya dengan membawa keluarga berjalan dan pada hari raya pertama sahaja mereka berkunjung dari rumah ke rumah.. tak macam suasana di Malaysia....kannnnn.. :)

Hari keempat kami pulang di hantar oleh abg angkat mitzest yg tinggal di pattani..Tiba di Tak bai kami berjalan kaki jauh utk cop pasport,, sebab immigresen tgh renovation,security kat immigression sini mmg longgar klu takde pasport pun bley trus masuk je kottt.....hahahahha..Selepas cop pasport kami naik bot balik ke rantau panjang..Alhamdulillah selamat sampai ke tanah airrrr......

So kat bawah ni tempat2 menarik untuk dilawati di selatan thailand:

  1. Saikhao Waterfall di pattani
  2. Yala (Darurat ,sila ikuti perkembangan semasa sebelum datang)
  3. Hatyai
  4. Samila beach di Songkhla