Followers

Wednesday, April 4, 2012

Mendidik Anak bertingkah Laku Sopan

Sekiranya anda merasakan anda kerap kali cuba mengingatkan anak anda agar mengucapkan ucapan “Terima kasih” dan “Minta tolong”, maka ini menujukkan bahawa anda tidak keseorangan! Kita merasa sangat kagum kepada anak-anak kecil yang sentiasa mengucapkan ucapan “tolong” dan “terima kasih” pada setiap masa. Tetapi sekiranya anda lupa pada ucapan yang indah ini, anda mungkin akan tertanya – tanya apa yang boleh digunakan untuk menggalakkan si kecil untuk menggunakan perkataan yang indah yang telah lama anda idamkan tanpa membiarkan hidup anda seperti seorang burung kakak tua yang kerap berleter.

Para pakar menasihatkan agar mencuba dengan kaedah lain berbanding mengatakan kepada kanak-kanak seperti “ Apakah kata ajaib itu?” dan “Sekarang, apa yang perlu diucapkan?” yang kerap kali digunakan dan menjadi kegemaran oleh kebanyakkan ibu bapa.

“Tolong” dan “Terima kasih” adalah perkatan yang digemari oleh ibu bapa. Apabila anda meminta anak untuk makan malam, tambah perkataan yang penuh hormat yang anda ingin mereka gunakan: “Sam, tolong datang ke meja makan.” Apabila si kecil hadir ke meja makan dengan gembiranya, beritahu kepada si kecil “Terima kasih kerana datang ke meja makan dengan cepatnya.” Cara tindakan anda akan membantu si kecil untuk belajar mengenai tabiat ini. Apabila anda terdengar si kecil menggunakan perkataan ini seperti “Tolong” anda boleh menunjukkan tanda sokongan dengan memujinya.

Ucapan “Terima kasih” adalah lebih lambat hadir berbanding perkataan “Tolong”, tetapi pada usia kanak-kanak 4 atau 5 tahun, mereka telah mula menggunakan perkataan tersebut. Adalah amat berguna untuk mengingatkan mereka bahawa kebanyakkan orang seharusnya menerima ucapan “Terima Kasih” apabila mereka diminta untuk melakukan sesuatu perkara secara baik dan amat menghargainya. Ini juga akan membuatkan orang ramai berasa senang hati kerana mereka dihargai atas apa yang telah mereka usahakan.

Perkataan berguna seperti ‘maaf’ adalah yang paling penting kepada kita semua. Namun, kebanyakkan ibu bapa kerap kali mengunakan perkataan ini sehingga berlebihan. Oleh kerana malu dengan tingah-laku kanak-kanak , terdapat ibu-bapa yang memaksa si kecil untuk memohon maaf pada masa itu.


“Adalah lebih penting untuk mengajar mereka memahami daripada memaksa mereka
mengucapkan perkataan tersebut,” kata Brown Braun. “Jangan memaksa kanak-kanak untuk memohon maaf. Terangkan kepada mereka mengenai kesalahan yang telah mereka lakukan. “Lihat betapa sedihnya budak lelaki itu apabila kamu mencuri keretanya.” Kemudian, didik mereka untuk memperbaiki keadaan: ‘Bukankah kita sepatutnya memulangkan keretanya dan memberikannya tisu?”.

Di usia 4 tahun, Kebanyakkan kanak-kanak boleh:

• Mengingati untuk mengucapkan “Salam” atau “Selamat Tinggal” kepada ibubapa
• Kadangkala mengucapkan “Tolong” dan “Terima Kasih”
• Anak yang tak pernah belajar bersopan santun, akan tumbuh jadi remaja yang bermasalah.
• Jangan pernah lelah menasihati dan mengingatkan anak agar berlaku sopan, misalnya selalu berkata, "Tolong", Terima kasih", "Maaf". Terus lakukan hingga kata-kata ini menempel di ingatannya dan secara otomatik akan diucapkannya.
• Beri Pujian mereka akan senang serta bangga jika anda mengetahui dan menghargai kegiatannya. Tapi tak perlu berlebihan memuji kerana akan menghancurkan anak.

No comments:

Post a Comment