Followers

Friday, May 18, 2012

Erti bertudung , menutup Aurat & niat


Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.

Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Taala, “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya” [An Nur:31].

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :

1.Suami

2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa

3.Ayah mertua

4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan

5. Anak-anak suami

Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.

6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa

7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya

8. Anak saudara dari saudara perempuan

9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama

10. Hamba sahaya

11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat

12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Sebagai Muslim kita tahu yang menutup aurat itu adalah wajib, dan niat menutup aurat
adalah kerana ALLAH..

Kita semua manusia dan tak berhak untuk menentukan pahala , syurga atau neraka orang lain.. Kita juga tak lepas dari melakukan kesilapan dan dalam sedar tak sedar sering lupa akan tanggungjawab kita sebagai seorang islam..

Me juga manusia yang tak lepas dari sering melakukan kesilapan, dan cuba perbaiki kekurangan diri... Sebagai saudara sesama islam kita tak berhak menghukum seseorang dengan mata kasar dan kita tahu pemikiran dan hati itu sangat penting...

Bermula dari hati la harus diperbaiki,Insyaallah kita akan nampak hidayah yang ALLAH berikan kepada kita... Teringat ketika me nyatakan niat untuk bertudung ada juga yang menyindir, dan tak kurang juga yg berkeyakinan niat me tu bersifat sementara...


Dan apabila niat kita menyindir seseorang dengan tujuan yang hina yaitu; agar kekurangannya terbuka, ingin membalas dendam dan kedengkian yang tinggi terhadap orang yang kita sindir. Maka hal ini sangat tidak dibolehkan agama. Sebagaimana Firman Allah Swt yang artinya :

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan); dan jangan pula wanita mengolok-olokkan wanita-wanita lain., karena boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan); dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan jangan pula kamu panggil-memanggil dengan gelar yang buruk. Seburuk-buruk gelar ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman..” (QS. al-Hujurat:11).


 Siapalah kita yg hendak menutup mulut orang yg berkata2, sebab penentu syurga neraka bukan mereka.. Kita manusia, kita sendiri yang kena berusaha untuk jadi terbaik dari sebelumnya... Ibarat tangga kejayaan, setiap perjalanan memerlukan permulaan , pertengahan dan baru sampai ke puncaknya..


Dari satu langkah ke satu langkan seperti permulaan kehidupan baru me sekarang ni.. Alhamdulillah selepas bertudung banyak perubahan dalam kehidupan,  tetapi ramai yang masih keliru.. Permulaan me dari bertudung dan pertengahan me INSYALLAH menutup aurat kesuluruhanya...

Ingatlah sebagai manusia bukan kita tak boleh menegur seseorang itu tetapi haruslah dengan cara yang elok dan memang tugas kita sesama manusia saling mengingatkan antara satu sama lain..Janganlah berkata yang tidak elok sesama saudara islam...

Insyaallah me akan perbaiki segala kekurangan diri dan membuat terbaik dari sebelumnya...

No comments:

Post a Comment