Followers

Sunday, May 27, 2012

Kisah pelupa

Salam,
Me nak hupdate blog tentang tabiat pelupa me yg tahap kronik ni, gara2 penyakit lupa ni lah,
macam2 boley jadi... Me pernah masak tapi sementara nak menunggu masakan tu,sambil buat kerja lain pun boleh jadi lupa yang me tengah memasak.. lebih dari 4 kali masakan hangus , air jadi kering sampai bengkok kuali di sedut tu.... Kadang2 bila difikirkan semula boleh mengundang bahaya....

So me dah mula makan kismis untuk meningkatkan tahap daya ingatan,boleh ke??? 
entah la eak,agaknya kot..Heee.. So dalam beberapa hari ni , me tak dapat online..
Sebab apa?? Me ingatkan TM dah potong me punya line atau lambat bayar,maklum la pelupakan.. Me check tarikh,awalnya TM matikan, agak pelik juga dan hati pun boleh jadi panasss macam ni kannn... Bil pun baru sampai takkan dah matikan suruh kita bayar awal pulakan.. 

Then me suruh en.husband gi bayar di kaunter TM sekali harunglakan,dia nak bayar bil2 ofis dia tu dah memang kebetulan mmg nak ke TM.. Biasanya lepas bayar dalam sejam dua mesti dah on , ni kejap2 lepas sejam me mesti on kan wifi then tutup balik still xboley connect jugak.. Esuknya hari sabtu ,me sibuk dengan family jadi me fikir xpelah kot mb sabtu tu dah oke dah.. Balik2 dari rumah family still xboleh connect,me call 100 tuk perkhidmatan pelanggan tapi diorang tutup untuk weekend.. Jadi terpaksalah me tunggu isnin kot baru boleh call atau sedapkan hati mana tau isnin kot baru boley on..So today hari ahad me rasa amatlah membosankan...

Anak kat rumah my mum,en.husband pula buzy dengan pertanding burung merbah jambul..
So mee?????? Layan tv je laaa... Mundar mandir ke dapur,ruang tamu dan bilik cari ape lah nak dibuat kat rumah ni yerk???hahahahaa..
.
.
Tup Tup!!!!!! Me ingatkan nak buang habuk2 kat meja talipon....
Rupa2nyaaa.......hahahaha
Me ada bersihkan sliding door last weekend dan kebetulan meja talipon tu belakang sliding door,
so me cabut segala wayar tuk tolak meja ke tepi takut basah.. Of course la kann.. Jadi malam tu me nak call my mum ,pasang balik wayar talipone TETAPI terlupa nak sambungkan wayar wifi tu semulaaaa!!! hahahaaa... So bila teringatkan "Terus cepat2 me cari wayar sambungkan then niat nak mengemas terbantut tetapi terus cari laptop!!!!hahahahaa...

So di petang ahad ni,hari saya kembali ceria!!! weeeee :)

No comments:

Post a Comment