Followers

Sunday, June 17, 2012

Permulaan Menjadi Usahawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Adakah anda berminat menjadi usahawan pakaian?
Jika ya jawapan anda,anda perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang berguna untuk berjaya dalam perniagaan pakaian.

Bisnes pakaian adalah bisnes yang mudah dan praktikal.
Semua orang boleh melakukannya walaupun modal sedikit.
Secara asasnya bisnes pakaian boleh dilakukan melalui lima cara iaitu :

1.Menjual secara maya(online)
2.Menjual di kawasan pasar malam,ekspo,pameran dll.
3.Menjaja dari rumah ke rumah.
4.Membuka gerai/kedai.
5.Membuka kilang kecil atau besar.

Anda boleh memilih mana-mana jenis bisnes mengikut kesesuaian dan kemampuan kewangan anda....



Persediaan :

1.Ilmu dan kemahiran.Ilmu boleh didapati dengan membaca buku tentang bisnes pakaian dan bertanya org 2 yg dah brpengalaman luas dalam bisnes pakaian.

2.Modal yg cukup.Jika nak bisnes kecil gunakan modal kecil.Jika nak mulakan isnes besar,gunakan modal besarrr.

3.Buat kajian tentang lokasi,persaingan,jumlah pelanggan,jumlah persaingan,sasaran pelanggan,jenis produk dll.

4.Ikuti perkembangan dunia fesyen krn ia akan membantu anda berjaya.


5.Tambahkan segala kemahiran dan ilmu pengetahuan agar bisnes berjalan lancar.

6.Cari sumber bekalan yang murah dan berkualiti sama ada dalam dan luar negara.

7.Niatlah bernaiga kerana Allah dan berusaha berniaga mengikut lunas2 islam agar menjadi usahawan kaya wang kaya iman...

No comments:

Post a Comment