Followers

Wednesday, October 17, 2012

Ho Chi Minh City Part 1

Selesai sudah kembara di bandar saigon bersama adik2 tersayang..
3hari sudah berlalu selesai percutian kami adik beradik,dan sekarang masa untuk hupdate
blog yg xberapa nak blog..he3

Selesai trip bangkok selang seminggunya
trip ke saigon pada 12-15 oktober 2012... Penat belum hilang dah terbang lagi, tu lah
beli tarikh dekat2 sangat sampai xcukup masa nak prepared kan diri..

11 okt 2012 malam me & siblings bertolak dari jb menaiki flight
ke LCCT ,Kemudian adik lelaki me yg keempat yg menetap di sentul pickup 
weols untuk stay di rumah dia, dan dalam jam 1.30am kami smpai di sentul
Masing2 terus lepakk.. Me nya flight pagi,
so boley tidur2 ayam shj dan sepatutnya adik lelaki me ni ikut tetapi ada masalah kerja 
yang tak dapat diellakan terpaksalah batal untuk ke Saigon...

Ini adalah kali pertama me travel sensorang jauh dari malaysia,
kira jauhlah nak dibandingkan singapore tuh..hehehee.. Memang nervous dan terbayang2
macam mana lah rupanya kt sana nanti, apalah nak jadi kat sana..hahaha..Macam2 bermain kat 
dalam fikiran sampai tidur pun jd tidur2 ayam.. Jam loceng yang dikunci dah berbunyi 
menandakan me kena bersiap2 untuk ke airport sbb boarding time jam 6.20am so me kena 
keluar rumah jan 5am..Dalam keadaan letih yg baru balik kerja dan terus amik kami,
adik lelaki me tetap gagahkan diri tuk bangun menghantar me ke airport..

Dia kata ada rasa bersalah jugaklah sbb terpaksa biarkan me sensorang kt sana..
Tetapi me tak kisah sangat faham keadaan dia kerjakan,mana lagi penting jika nak dibandingkan
percutian yg bila2 jer dia boleh pergi..hehehehe.. So lepas drop me trus menuju ke 
boarding dan xsampai setengah jam me dah ada dalam flight, dapatlah berjiran ngan 
kakak ni, dari melaka ada company trip selama 3hari..Actually dia duduk seat ijat, 
terperanjat gak memula tuh kan sepatutnya seat sebelah adik me tp dia xdpt gi kan so dia duduk je la..

Rugi betul time makanan sampai, FA siap jerit nama penuh my adik lg,
nak tanya gak boleh amik ke makanan tu me pun ada order xkan nak makan
sampai 2 pulakkan.. So me biarkan jerp.. 

Pejam celik dah sampai di  Tan Son Nhat Airport yg mengambil masa
1jam 30minit dan 20minit awal dari dijangkakan.. Aiseyh kita nak lambat2 sume cepat2 pulak..haha
Sampai di airport punya lengang mak lengang jalan tuk habiskan masa tetapi me rasa
mcm slow jerk masa tu berjalan.. Suppose plan lepak airport jap then baru ke hotel tetapi 
sampai kat airport ni lepas dari imigresion oke sket senang jerk lepas dh 20minit stay nak ke toilet,
org vietnam ni asyik tgk2 jerk cam nmpak pelik...hahahaa

Mestilah kita pun rasa pelikkan..
Siap ke toilet 3-4 kali tgk apa yg tak kena.. Aiseyh bikin cuak plak..
Tgk xde pape yg xkena.. Diingatkan klu nak ke vietnam standby botol kosong sbb
kat sini toilet dia tiada paip air..hehehe

Lepas dah berualang alik ke toilet tukar tempat duduk sana sini,
keinginan nak ke hotel tu mcm dah was2.. Yewla kt sini org dh tgk semacam naik taxi apatah 
lagi sensorang..Tatottt..hahaha.. Nak xnak kena tunggu yg lain2 gak sampai
baru bergerak,dah lah beli simkad pun hp xley guna no internet for blackberry users then
nak call malaysia bgtau me dah sampai pun langsung tak boleh.. Mati kutu le!!!

Selama 9jam me tabah menunggu yg lain sampai dan selama 9jam jugak
pelbagai drama dapat me tgk kat vietnam ni..hehehehe.. Ada versi mak dah lama x
jumpa anak, ada versi kena tahan ngan imigresion lah, versi korealah tapi part flight korea touch
downlah paling best..hahahaa.. Cuci mata jap ngan orang2 korea ni yg stylo milo..hehehe

Tunggu punya tunggu ada cuak gak tetiba masa yg sepatutnya dorg sampai tp xsampai,
hati dah merungut delayed ke????? Wargghh janganlah kan, naik tenat dah duk kat airport
yg kecik takde pape ni dah la mati bosan..hahaha.. Sabar punya sabar flight diorg lewat 40minit,
40minit pun boleh kejung taw!! Sampai je kt arrival tu diorg terkejut me ada kt airport..haha
Sepatutnya me tunggu kat hotelkan.. Rasa lega sangat semua dah berkumpul dan weols terus naik taxi,
di tempat taxi diluar airport tuh..

Jangan amik taxi dekat kaunter yg di dalam sbb bayaran dia mahal, so better keluar lepas dari pemeriksaan beg ada pintu kuar terus menghala ke kiri hujung skali ada tempat taxi stand..
Tak payah nak beratur sesangat sebab kat saigon ni takde rule suh beratur siapa cepat dia dapat..

Pastikan taxi tu jenama VINNASUN atau MAILINH jgn main naik jerk,
standbyla kena cekik.. Naik taxi yg seperti ditulis ini shj yg menggunakan meter..
Bila nampak taxi vinnasun dtg je cepat2 meluru ke taxi dan bgtau tujuan kita..





Muka kejung je penat tunggu..hehe

Tambang taxi weol dari Aiport menuju ke hotel,
145000dong.Biasanya tak akan lebih dari 150000dong 
mengikut review dr blog2..

Sampai je hotel pintu hotel dibuka,terasa kenikmatan penyejuk udara
yg segar!!Ouh tetiba rasa cam nyesal je tunggu diorg ni..hahahaaa.. Duduk
hotel dapat aircond & dapat online fb lagi bagosss.. Apapun tak boleh..hehehe
Tak mengapalah boleh menguji tahap kesabaran me kan..hehehe

Selesai urusan check-in kami terus berehat kat bilik dan keluar lepas maghrib..
Nak ikut schedule pun byk dah lari so terpaksa buat plan sendiri dan santai2.. Lepas 
maghrib kami keluar hotel pusing2 dah ke night market, mmg rambang betullah kat sini...hahaha








Night market ni bersepah org malaysia dah mcm pasar malam malaysia pulak..
Macam2 ada kat night market, sampai tiap2 malam kami kat sini naik kenal dah diorg ni
kat weols.. Asal jumpa jerk welcome my freinds mcm2 ayat2 manislah diorg ni..hahaha

Tiap2 mlam gak ada seorg budak seperti gambar di atas ni menyakat me,
budak perempuan ni sangat pandai eyh dalam marketing dan boleh bertutur melayu dan inggeris..
Memang dasat hari pertama jerk dh borong sakan kipas kt budak ni, bkan apa
terpegun jap dengan kefasihan dia berbahasa melayu.. 

Di Saigon ni tak perlulah nak tukar dong atau Usd bamyak2 sangat,
sbb kat sini diorg menerima RM juga seperti night market ni weols menggunakan RM
shj dalam berbelanja , dong pula digunakan seperti di kedai serbanika, kedai makan dan
kedai 24jam.. Usd weols guna cuma di ben tanh market..










Penat berjalan weols lepak di VN.Halal dan xsabar2 dah nak rasa Pho & kopi vietnam ni..he3
Vn.Halal is not recomended for budget traveller kerana harganya lebih mahal dari restoran halal yg lain2.. So mcm kami ni testing nak masuk gak lah try,mmg mahal makan tuk 2 org dah 
RM55++ dan gelas air dia tersangatlah comel sampai xpuas minum.. Sigh!
Keluar je hotel cari botol mineral..HausSss..hahahaa.. Sabo jerla plain water pun charge mahal..

Balik hotel jer xde org kt lobby me terus lah lepak lobby sambil melayari facebook..
Menetap di saigon ni mcm menetap kt negara kita jerk,mana taknya majoriti yg stay sini sume pun
malaysians dan kt luar hotel pun penuh ngan kumpulan2 org malaysia yg datang lepak kt warung2
berhampiran.. Weols stay kat Saigon Pink 2 hotel, best sangat puas hatilah bilik besar dan cantik..


Cantikkan bilik kami..

Next time nak stay bilik yg sama,sbb design lain2 lg bilik me ngan my sister ni 
ada tingkap dan betul2 menghadap warung bawah..he3

Stay di saigon pink ni mmg dekat sangatlah dengan ben tanh market,
amat2 strategik dengan warung yg menyediakan makanan halal cuma di depan hotel jerp..
Basiroh mesti ramai dah biasa dengan nama ni, agak popular nama ni dikalangan pelancung
malaysia yg datang ke saigon ni.. Hari2 duk order kopi ais kat basiroh ni,
pagi petang siang malam..hahahaha









Hari pertama dah keras kat airport,hari kedua shopping!!!!!

Kalau nak ikutkan  hari kedua ni weols pergi ke Chuchi tunnels baru Bentanh market,
tapi tukar plan bersantai pulok..huhuUhu.. Hari ketiga pulak sepatutnya ke Delta mekong
tetapi still ganti shopping sampai lebam!!hahaha

So lepas shopping weols letak barang2 kat hotel dan merayap
di sekitar bandar saigon..Cantik2 jugaklah bangunan2 kat sini cam kecik
tapi memanjang ke atas bangunan2nya..






Ho Chi Minh City People's Committee Head office 




Berjalan sakan me kat sini,kat malaysia pun takde jalan sampai mcm ni..haha

Selain Vn.Halal uOls boleh cari makanan halal di  bangunan PARKSON
di level foodcourt..Cakap jerk nak gi parkson taulah abg taxi menghantarnya..hehe
Kononnya nak try halal saigon tp belum sempat nak menuju halal saigon perut
dah menyanyi lagu opera pulak.. Memasing tgk antara satu sama lain, so
boleh pulak nampak bangunan parkson ni depan mata terpacak, dengan confidentnya
weols meluru ke foodcourt.. Me kan blogger mmg senang berjalan2 mana2 klu
byk buta research..Cyda yg free hair seperti di atas siap ingat me pernah gi sini jerp,
tahu kat mana tempat ni sume,lglah my sister tu bawak map kehulur hilir
lagi mudahlah nak berjalan ke mana2.. tu yg best berjalan dengan org reti baca peta ni..hahaha
pergi mana2 xsesat.. I love my siblings!!





SAIGON CENTRAL POST OFFICE

Part II --->> klik sini

4 comments:

  1. teringin sangat nak pergi sini shopping cotton hehehe..moga moga impian akan terlaksana satu ari nanti ;)

    salam kenal dear..

    ReplyDelete
  2. Insyaallah mudah2an dapat pergi, seronok sangat shopping kain kt sana rambang mata..hehehe..

    Salam kenal juga dr saya :)

    ReplyDelete
  3. akak tido kat sebelah hotel saigon pink tu.. haoang lai tong. tp tgk yg hotel korg ni lagi cantik jek. Basiroh tu jadik tmpt lepak pagi, tghari dan malam time akak gi sana.. still terbayang-bayang lagi kain cotton kat sana.:)

    ReplyDelete
  4. A'ah kak, jgn tgk luaran dalaman macam 4star
    setiap bilik lain design kak, kita punya nampak mcm english style, bilik adik lelaki mcm baba & nyonya ..hehehe
    Seronok lah dengan enviroment sana, seronok & rambang mata..hehehe..

    ReplyDelete