Followers

Sunday, January 22, 2012

HAPPY CHINESE NEW YEAR



Happy Chinese New Year!!!!

Meriah betul bunyi mercun sana sini,setahun sekali je kan dapat dengar w/pun sakit telinga..haha
Ape pun 1 malaysia kan  mcm2 adaaa...Perayaan ni mitzest tak ke mana2 pun bercuti, tp
anak perempuan mitzest seronokla cuti skola dapat ikut nenek dia jenjalan...hehehehe.. Dah mama dia kena tinggal,sedeykannn..bosan yg teramat bila tiada si comel tu kat rumah..sunyi jerk!!!!

Saturday, January 7, 2012

ITINERARY JAKARTA -> BANDUNG

ITENERARY JAKARTA -> BANDUNG

DAY 1 -


FROM CHANGI AIRPORT - SOEKARNO HATTA AIRPORT
BREAKFAST SAMBIL MENUNGGU PAK BUDI
BERGERAK MENUJU KE BANDUNG
TANGKUBAN PERAHU
SRI ATER HOT SPRING 
LUNCH DI RUMAH KAMPUNG DAUN
CHECK-IN
DIINER @ SANGKURIANG


DAY 2 -


BREAKFAST
PASAR BARU  / KAWAH PUTIH *

LUNCH @ PAK CHI MET

TRANS STUDIO

FACTORY OUTLET
DINNER ( D'EST STEAK N BONE RESTO / DCOST SEAFOOD)


DAY 3 -

BREAKFAST
PASAR BARU

CIHAMPELAS (CIWALK)
FACTORY OUTLET
- RUMAH MODE
- HERRITAGE
-BLOSSOM (FAMILY)
-RUMAH TAS
-DONNATELLO ( KASUT)
-THE SECRETS
-BRANDED HOUSE
-JET SET
- VICTORIA
- RICH & FAMOUS
-GOSSIP

PARIS VAN JAVA
KARTIKA SARI & AMANDA
RESTORAN SUNDA / SANGKURIANG


DAY 4 -


BREAKFAST
CHECK-OUT
AGRO GEDE -> GAMBIR / PAK BUDI*
TAMAN MINI INDONESIA*
TANAH ABANG*
MASJID ISTIQLAL

CHECK IN HOTEL
PLAZA GRAND INDONESIA
PLAZA XEX (HARD ROCK JAKARTA)


DAY 5 -


BREAKFAST
CHECK 0UT
SOEKARNO HATTA -> CHANGI
CHANGI -> JOHOR BAHRU



*  ( tidak di wajibkan )

Akhirnya siap juga itinerary untuk percutian mitzest dengan family n kengkawan untuk bulan 2 ni .. seronoknya tak sabar2 nak jadi jutawan lagiiiiiii   !!!!!! hehehee

Tuesday, January 3, 2012

FIRST DAY PRA-SCHOOL


Mood excited sangat anak dah masuk sekolah,biar pun masih pra tp mitzest memang sangat teruja okey!!!!!!hahahaha..Semalam beli barang2 skola pun mcam mitzest yg nak masuk skola..hee
.
.
.
Malam tadi kami semua tidur awal risau terlajak tidur,jam 9pm rumah dah bergelap,
biasa jam 3am pun si kecik ni xtidur2 teman mama dia tgk tv , so sekarang rutin baru la setiap hari..
So far alhamdulillah semuanya berjalan lancar,selesai je buat sarapan mitzest kejutkan
anak dan siap2kan,mula2 tu memamg payah la juga tapi kena la pandai pujukkan,heeee...
Biasanya syira (my dotter) susah nak makan,tapi pagi2 ni dia bedal hotdog 2 keping wah semangat katanyaaaa.....hee..
.
.
.
Selesai sarapan mitzest dan suami hantar la ke sekolah bersama,alhamdulillah 
syira ni jenis tak takut org so mudah la keje kami..Tapi disebabkan oleh teruja yg teramat sangat dekat sejam la kami perhatikan dari jarak luar skola,mcm2 ragam kami tgk,
sampai naik kesian kami tgk budak2 melalak,menjerit2 dan parents pun mcm berat hati je nak tinggalkan ,tp harus jugak la kan..
.
.
.
Memang kelakar syira 1st day school dia toleh kiri kanan,kejap diri kejap duduk pasal budak2 lain sume lom ready ada yg menangiskan...Bila dah busan mula la dia cari keje,heee
duk sapa budak2 perempuan,tunjuk beg,tunjuk cara pakai *(dah mcm cikgu) hahaha... Adoiyai, sedar tak sedar dah sejam kami berdekak tgk telatah dia...Akhirnya kami pulang dengan gembira dan terujanya...heeeee..xsabar2 nak tunggu dia balik pula :)))

Sunday, January 1, 2012

Atasi Marah & Panas Baran (Cara Islam)

**Entry ni untuk diri sendiri sebenarnya saja nak share tok uols :)

Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.
Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
3. Minum air.
4. Mendiamkan diri ketika marah.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7. Berfikiran positif.
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.