Followers

Thursday, April 19, 2012

Hukum Memakai tudung Bersanggul Tinggi

Huda : Adik Jangan ikat rambut tinggi2 xelok la..

Adik : Biarlah, kenapa???

Huda : Tak Elok tau bonjol tinggi2,dosa....

Adik : Ye laaaa.....


Kalau kat rumah my mum me selalu dengar my sister dok bebel2 kat adik bongsu..
Sampai adik malas nak layan pun hado!hehehehee
.
.
Haaaa, ni nak cakap pasal hukum bersanggul pula yea, entry ni untuk pengetahuan diri sendiri,
so bila org tanya , atau bukak topik ni kita boleh explain kannn.....
.
.
Untuk entry ni me ambil dari blog ustaz  untuk memahami betul2 hukum tersebut..




Assalamualaikum ustaz,


Saya ingin bertanyakan tentang sanggul tinggi yang menjadi trend wanita masa kini. Setelah saya cuba untuk mencari jawapan bagi persoalan yang timbul dibenak iaitu apakah hukumnya... saya menjadi keliru kerana ada yang menberikan pendapat yang berbeza berdasarkan sebuah hadis iaitu:



"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).


Ada yang menyatakan seperti ini...


Hadis yang menyatakan seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga.


Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya.


sila Klik Sini untuk lebih detail lagi...





Jawapannya


Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.


Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.


Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.


Jika dilihat dari trend orang sekarang ini berfesion seperti sanggul tinggi dan fesion tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesion tersebut. Pendapat saya, jika fesion tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :


“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).


Berpakaian atau bertudung sepertimana menurut Islam telah saya siapkan dalam bentuk artikel saya yang lepas. Untuk mengetahui pakaian yang dikehendaki oleh Islam bolehlah anda membaca artikel tersebut di sini.




So,renung-renungkanlah ,Memakai tudung adalah tidak wajib,
tetapi menutup aurat adalah wajib!!


Monday, April 16, 2012

Birthday Ibu Tersayang

Ohhhhh....Hampir je terlupa,padahal pagi td sempat gi rumah my mum..
Lupa nak wish her birthday & buy present...





Happy Birthday Mum
You are the best mum in the world
&
We love u so much...

Thanks for Always believeing me
 &
 support that u have given to me...

Timeline Remover

Hi,
Mata xboley tidur pulak malam ni,
So, boring2 camni dapat idea pulak nak settlekan masalah fesbuk me tu,
Mitzest tahu mesti ramai yg xsuka timeline yang semak tu kan!!!
Sakit hati dah lama x online bila online tup2 kuar timeline..
Sabar je la kan...

So me google la dapat la teknik yg paling senang,
tp xmampu nak remove dari pandangan freindlist kita..
Cuma kita je tgk fesbuk kita tu normal...
Org lain tetap nampak timeline..
Bolehlah kan dari me tgk serabut otak je..heeee

sila follow step seperti di bawah :

  1. sila clik kat link ni  http://www.timelineremove.com
  2. Pilih browser apa yg uols sedang gunakan.. Tak tahu bukak kamus.. heee
  3. Then after click kat browser install
  4. Refresh or Close then on browser 
  5. Done!!!

Sunday, April 15, 2012

Jenjalan di hari Ahad


Today jenjalan ngan my bff lysa,
Plan nak ke wedding tp xjadi pula,
So we change plan nak ke taman chempaka,melawat our schoolmate,
Rokiah Hanim..... Happy to see her :)
Dah nak dekat 2 tahun kowt weols x berjumpa, anak dah tiga dah dia...heeee

Sebelum tu me jumpa sue ngeteh jap kat Johor Golf Club,
Sbb me ade suruh dia orderkan kasut kat online,
So me excited nak ambik dulu baru jumpa si kiahh..hehehe


Sangat cantik dan selesa.....
Puas hatilah size pun ngammm !!!! Weee

Lepas sok sek ngan mizs sue sambil melantak cucur ikan bilis,
weols pun minta diri masing2 ade tujuan,
Apalagi trus kami ke KFC beli buah tangan la konon,
bukan ape untuk anak2 kiah, senang mak nak bersok sek anak duduk diam melantak ayam..hahaha

Sampai je rumah kiah dah tunggu kat balkoni,
terjerit2 anak dia dengar sampai bwah.hehee.. Happynya dapat jumpa kawan skolah,
Dh lama x jumpa bykla cerita suka duka rempah ratus semua ada kan...
Banyak yg kami bualkan,sampai xsedar dah maghrib,
Apalagi after maghrib minta diri nak balik...

Sebelom balik tu sempat melecung ke Jalan dhobi lagi..hahaha
Adoiyaiiii, teman cik lysa cari turbannnn....

Then after bersoping baru trus balik.....
Seronok jalan bersantai2 camni, xsemak sangat,
melenggang kangkung je kami hari ni...hehehe..
Hari ni je,bkan selalu..hehehe.. Esuk dah kena amik my princess kat rumah my mum...


Saturday, April 14, 2012

Cuaca Selepas Kejadian Tsunami



Hari ni je jam menunjukkan pukul 1.30pm tp keadaan gelap seperti nak masuk waktu maghrib,
Subhanallah kuasa tuhankan.. Baru sejam hujan banjir di highway pasir gudang, xberapa sangatla
masih boleh lalu lagi..Mungkin ini efect ekoran dari gempa tsunami beberapa hari lalu.. 

Nak online pun seseram sejuk je, petir dentam dentum,

.
.
Tawakal je la kan...Apa nak buat duduk rumah sorang2 hari ni, anak dekat rumah my mum,
En.Husband pula pergi ambil Van yg baru dibeli untuk dipakai adiknya berniaga kat wakaf che'yeh..
.
.
.
Nak jenjalan pulak no mood la hujan2 camni better lepak rumah je kan,
Now hujan dah pun benti,cantik je suasana lepas hujan kekuningan gitu pemandangan kat luar,
Maklumlah online tepi tingkap sambil menikmati cuaca dan pemandangan kat luar ni..hee

 

Wednesday, April 11, 2012

Pertabalan Yang Di Pertuan Agong


Istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, akan diadakan pada hari ini, Rabu, 11 April 2012 di Balairong Seri, Istana Negara diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, sempena istiadat tersebut kerajaan mengisytiharkan 11 April sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

‘‘Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Istiadat pertabalan itu sempena pelantikan baginda bagi menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 12 November tahun lalu.

Friday, April 6, 2012

Mari menabung bersama


Jom menabung .....
Lega dah settle hajat nak buka akaun remaja tuk my princess,
Thanks to mak angkat my princess sbb sudi mengangkut kami anak beranak,hehehe
Maklumle me kan xpandai drive so harapkan driver2 yg baik hati yg sudi membawa weols ke mana2..
Untongla dan bersyukur kerana ramai yg memahami..

Kenapa x belajar drive????
hahahaahhaa...
Sbb ada kenangan yg buat me trauma sampai skrg nak pegang handle lg...hehe
Laut stulang menjadi saksi.... Adoiyaiiiii :)

Wednesday, April 4, 2012

Im Cheesecake Lovers!!

Ouhhhh, im so happy today!!!
Dapat cheesecake from my bestie ,tersangatla sedap hokeeyyy.....
Creamy2 gituw :)


Cheese dia sampai cair terperap dalam kereta,
maklumlam my freind ni datang rumah tyme hbis kerja after hofis hour..
So nai cair topping cheese tuuuuu...Aueewwww!! Love <3

Mendidik Anak bertingkah Laku Sopan

Sekiranya anda merasakan anda kerap kali cuba mengingatkan anak anda agar mengucapkan ucapan “Terima kasih” dan “Minta tolong”, maka ini menujukkan bahawa anda tidak keseorangan! Kita merasa sangat kagum kepada anak-anak kecil yang sentiasa mengucapkan ucapan “tolong” dan “terima kasih” pada setiap masa. Tetapi sekiranya anda lupa pada ucapan yang indah ini, anda mungkin akan tertanya – tanya apa yang boleh digunakan untuk menggalakkan si kecil untuk menggunakan perkataan yang indah yang telah lama anda idamkan tanpa membiarkan hidup anda seperti seorang burung kakak tua yang kerap berleter.

Para pakar menasihatkan agar mencuba dengan kaedah lain berbanding mengatakan kepada kanak-kanak seperti “ Apakah kata ajaib itu?” dan “Sekarang, apa yang perlu diucapkan?” yang kerap kali digunakan dan menjadi kegemaran oleh kebanyakkan ibu bapa.

“Tolong” dan “Terima kasih” adalah perkatan yang digemari oleh ibu bapa. Apabila anda meminta anak untuk makan malam, tambah perkataan yang penuh hormat yang anda ingin mereka gunakan: “Sam, tolong datang ke meja makan.” Apabila si kecil hadir ke meja makan dengan gembiranya, beritahu kepada si kecil “Terima kasih kerana datang ke meja makan dengan cepatnya.” Cara tindakan anda akan membantu si kecil untuk belajar mengenai tabiat ini. Apabila anda terdengar si kecil menggunakan perkataan ini seperti “Tolong” anda boleh menunjukkan tanda sokongan dengan memujinya.

Ucapan “Terima kasih” adalah lebih lambat hadir berbanding perkataan “Tolong”, tetapi pada usia kanak-kanak 4 atau 5 tahun, mereka telah mula menggunakan perkataan tersebut. Adalah amat berguna untuk mengingatkan mereka bahawa kebanyakkan orang seharusnya menerima ucapan “Terima Kasih” apabila mereka diminta untuk melakukan sesuatu perkara secara baik dan amat menghargainya. Ini juga akan membuatkan orang ramai berasa senang hati kerana mereka dihargai atas apa yang telah mereka usahakan.

Perkataan berguna seperti ‘maaf’ adalah yang paling penting kepada kita semua. Namun, kebanyakkan ibu bapa kerap kali mengunakan perkataan ini sehingga berlebihan. Oleh kerana malu dengan tingah-laku kanak-kanak , terdapat ibu-bapa yang memaksa si kecil untuk memohon maaf pada masa itu.


“Adalah lebih penting untuk mengajar mereka memahami daripada memaksa mereka
mengucapkan perkataan tersebut,” kata Brown Braun. “Jangan memaksa kanak-kanak untuk memohon maaf. Terangkan kepada mereka mengenai kesalahan yang telah mereka lakukan. “Lihat betapa sedihnya budak lelaki itu apabila kamu mencuri keretanya.” Kemudian, didik mereka untuk memperbaiki keadaan: ‘Bukankah kita sepatutnya memulangkan keretanya dan memberikannya tisu?”.

Di usia 4 tahun, Kebanyakkan kanak-kanak boleh:

• Mengingati untuk mengucapkan “Salam” atau “Selamat Tinggal” kepada ibubapa
• Kadangkala mengucapkan “Tolong” dan “Terima Kasih”
• Anak yang tak pernah belajar bersopan santun, akan tumbuh jadi remaja yang bermasalah.
• Jangan pernah lelah menasihati dan mengingatkan anak agar berlaku sopan, misalnya selalu berkata, "Tolong", Terima kasih", "Maaf". Terus lakukan hingga kata-kata ini menempel di ingatannya dan secara otomatik akan diucapkannya.
• Beri Pujian mereka akan senang serta bangga jika anda mengetahui dan menghargai kegiatannya. Tapi tak perlu berlebihan memuji kerana akan menghancurkan anak.

Tuesday, April 3, 2012

It'S My faV Picture




I love all my girlfreinds....
Dari kiri Amoi , Azhi (singaporean) & Mitzest
Pic ni last year punya berbuka puasa bersama2..
Perut amoi slim lagikan...hehehe


Veranggannn nak jadi street modelsss...hehe
Colourfull theme birthday party yanie ...
Mitzest with lysa 


Blue theme party with all my BFF,
love the colourss !!!
Mitzest with Sue


Terasa mcm galah pulakk...heeee
tyme ni baru balik dari gathering herbalifes group...
Mitzest & yaniee

Monday, April 2, 2012

Shopping di Batam

Entry ni bulan lepas punya saje2 hupdate dikala kebusanan ni...
Masa ni me bawa kawan2 jenjalan batam, dah berapa kali dorg duk request nak ke sana..


Muka excited tapi kali ni dapat bot kecik xbest!! hehehe


Sampai2 je weols cuci mata di Megamall
*tgk berlenggang je mitzest datang*


Nagoya hill

1st time me datang naik teksi, tersangatla mahal yea teksi di sana,
Klu kat sini RM6 dorg dah RM18 ,geram je kan,xboley nak buat apa,
sbb harga bahan mentah dorg sangat mahal, Tak caya tgk la rusuhan seluruh indonesia
atas kenaikan BBM (minyak).. 
Kita patut rasa bersyukur ........

Lepas dah penat berjalan seharian weols naik last ferry ke jb.....
W/pun penat tapi semua terserlah wajah puas hatiii..


Datang berlenggang ,balik penuh tangan!!! ni bahagian mitzest shj belom tgk yg lain2*


Happy balik dapat bot besar bley posing atas bot...


Tengok sunset dalam bot....


Sunday, April 1, 2012

Holiday plan 2012

Jyeahhh!!! Semua booking berjalan dengan lancarnya untuk tahun ini..
Dalam this year aktiviti kami adik beradik akan pergi Penang - Vietnam , sementara hari keluarga bersama kawan2 pula akan ke sabah untuk next year.. Awalkan planning weOls ,ye la supaya xkelam kabut dan yg bekerja bley apply awal2 cuti.. 

So bermulan pada Mei weols baru ke penang ,driving hokeyyy...hehehehe
.
.
.
Then Vietnam, pada awal oktober bersama adik beradik... tp me booking dulu ngan adik lelaki yg keempat, yg lain2 tu kendian.. Bukan apa takut promo yg akan berakhir tgh malam ni xsempat nak catch any holiday kan...  So at least dah xpayah nk ngadap air asia ni lagi.. Cukup untuk tahun ini 2 percutiaan, sambung next year :)