Followers

Wednesday, May 30, 2012

TIADA BEKALAN ELEKTRIK



Beginilah ghope seharian berjalan berminyak hbis, dr tgahari keluar ke jusco permas
melayan anak & bertawaf satu jusco 2 pusingan nak menunggu jam 7 baru ada elektrik katanya..
Dah dapat notis pun lupa, ingat 30hb khamis barulah ingatnya nak tidur rumah my mum mlmnya.. 
Rupanya bangun2 tidur berpeluh!!!!!ahahaha, siap fikirla tyme bangun tu, kenapalah tak pernah2 Mr.Husband dengki sangat tutup kipass ni, ingat hati nak panasss,rupanya gangguan bekalan elektrik tu berlaku hari ni..Penat jerk tekan remote aircond berkali2..hahahahahahaha..

So apalagi mandi ler bersiap nak keluar,duk rumah boleh kerass sampai petang..hehehehe..
Siap ngadu ngan cik asben lagi, kejadian bangun tidur tadi (Sah2 la kena bebelkan!)
hehehehee.. Dah dapat notis pun kalut lagi..haiyark.. 

Hari ni mmg luck my princess la seharian bermain kat jusco jerk,
selalu mama dia yg ajak balik tapi hari ni,kejap2 benti main tanya mama nak balik ke???
Alahaiiii, dah busan la tu dr hujung ke hujung kitorg lepak, xsanggup nak balik tyme cuaca 
tgh panas, tp dalam petang sikit hujan... 

Syukur Alhamdulillah, lepas hujan tu kitorg pun balik,
maklumlah lepas hujankan angin sejuk je.... Sampai rumah letak barang duk bersidaila
kat laman luar kami anak beranak.. Balik bosan pulak xde benda nak buat..haha
Then my bestie call ajak teman berbuka puasa, me pun ON je la memandangkan tiada apa
yang nak dibuat di rumah...Jam 6pm masa nak keluar barulah ada balik bekalan
elektrik...Sempat jugak la online sementara menunggu my bestie amik depan rumah...
Thats why la muka di atas tu mcm nak x nak je bersiap....hehehehe

Sunday, May 27, 2012

Ulangtahun My princess yang ke -4


Rainbow Cake yg Superb


Happy birthday sayang,mama love u so much


bergambar dengan pakcik kesayangannya



Hye, Nama saya adriana syahirah





Sambut bersama keluarga tercintaa

Kisah pelupa

Salam,
Me nak hupdate blog tentang tabiat pelupa me yg tahap kronik ni, gara2 penyakit lupa ni lah,
macam2 boley jadi... Me pernah masak tapi sementara nak menunggu masakan tu,sambil buat kerja lain pun boleh jadi lupa yang me tengah memasak.. lebih dari 4 kali masakan hangus , air jadi kering sampai bengkok kuali di sedut tu.... Kadang2 bila difikirkan semula boleh mengundang bahaya....

So me dah mula makan kismis untuk meningkatkan tahap daya ingatan,boleh ke??? 
entah la eak,agaknya kot..Heee.. So dalam beberapa hari ni , me tak dapat online..
Sebab apa?? Me ingatkan TM dah potong me punya line atau lambat bayar,maklum la pelupakan.. Me check tarikh,awalnya TM matikan, agak pelik juga dan hati pun boleh jadi panasss macam ni kannn... Bil pun baru sampai takkan dah matikan suruh kita bayar awal pulakan.. 

Then me suruh en.husband gi bayar di kaunter TM sekali harunglakan,dia nak bayar bil2 ofis dia tu dah memang kebetulan mmg nak ke TM.. Biasanya lepas bayar dalam sejam dua mesti dah on , ni kejap2 lepas sejam me mesti on kan wifi then tutup balik still xboley connect jugak.. Esuknya hari sabtu ,me sibuk dengan family jadi me fikir xpelah kot mb sabtu tu dah oke dah.. Balik2 dari rumah family still xboleh connect,me call 100 tuk perkhidmatan pelanggan tapi diorang tutup untuk weekend.. Jadi terpaksalah me tunggu isnin kot baru boleh call atau sedapkan hati mana tau isnin kot baru boley on..So today hari ahad me rasa amatlah membosankan...

Anak kat rumah my mum,en.husband pula buzy dengan pertanding burung merbah jambul..
So mee?????? Layan tv je laaa... Mundar mandir ke dapur,ruang tamu dan bilik cari ape lah nak dibuat kat rumah ni yerk???hahahahaa..
.
.
Tup Tup!!!!!! Me ingatkan nak buang habuk2 kat meja talipon....
Rupa2nyaaa.......hahahaha
Me ada bersihkan sliding door last weekend dan kebetulan meja talipon tu belakang sliding door,
so me cabut segala wayar tuk tolak meja ke tepi takut basah.. Of course la kann.. Jadi malam tu me nak call my mum ,pasang balik wayar talipone TETAPI terlupa nak sambungkan wayar wifi tu semulaaaa!!! hahahaaa... So bila teringatkan "Terus cepat2 me cari wayar sambungkan then niat nak mengemas terbantut tetapi terus cari laptop!!!!hahahahaa...

So di petang ahad ni,hari saya kembali ceria!!! weeeee :)

Friday, May 18, 2012

Erti bertudung , menutup Aurat & niat


Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.

Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Taala, “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya” [An Nur:31].

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :

1.Suami

2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa

3.Ayah mertua

4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan

5. Anak-anak suami

Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.

6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa

7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya

8. Anak saudara dari saudara perempuan

9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama

10. Hamba sahaya

11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat

12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Sebagai Muslim kita tahu yang menutup aurat itu adalah wajib, dan niat menutup aurat
adalah kerana ALLAH..

Kita semua manusia dan tak berhak untuk menentukan pahala , syurga atau neraka orang lain.. Kita juga tak lepas dari melakukan kesilapan dan dalam sedar tak sedar sering lupa akan tanggungjawab kita sebagai seorang islam..

Me juga manusia yang tak lepas dari sering melakukan kesilapan, dan cuba perbaiki kekurangan diri... Sebagai saudara sesama islam kita tak berhak menghukum seseorang dengan mata kasar dan kita tahu pemikiran dan hati itu sangat penting...

Bermula dari hati la harus diperbaiki,Insyaallah kita akan nampak hidayah yang ALLAH berikan kepada kita... Teringat ketika me nyatakan niat untuk bertudung ada juga yang menyindir, dan tak kurang juga yg berkeyakinan niat me tu bersifat sementara...


Dan apabila niat kita menyindir seseorang dengan tujuan yang hina yaitu; agar kekurangannya terbuka, ingin membalas dendam dan kedengkian yang tinggi terhadap orang yang kita sindir. Maka hal ini sangat tidak dibolehkan agama. Sebagaimana Firman Allah Swt yang artinya :

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan); dan jangan pula wanita mengolok-olokkan wanita-wanita lain., karena boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan); dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan jangan pula kamu panggil-memanggil dengan gelar yang buruk. Seburuk-buruk gelar ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman..” (QS. al-Hujurat:11).


 Siapalah kita yg hendak menutup mulut orang yg berkata2, sebab penentu syurga neraka bukan mereka.. Kita manusia, kita sendiri yang kena berusaha untuk jadi terbaik dari sebelumnya... Ibarat tangga kejayaan, setiap perjalanan memerlukan permulaan , pertengahan dan baru sampai ke puncaknya..


Dari satu langkah ke satu langkan seperti permulaan kehidupan baru me sekarang ni.. Alhamdulillah selepas bertudung banyak perubahan dalam kehidupan,  tetapi ramai yang masih keliru.. Permulaan me dari bertudung dan pertengahan me INSYALLAH menutup aurat kesuluruhanya...

Ingatlah sebagai manusia bukan kita tak boleh menegur seseorang itu tetapi haruslah dengan cara yang elok dan memang tugas kita sesama manusia saling mengingatkan antara satu sama lain..Janganlah berkata yang tidak elok sesama saudara islam...

Insyaallah me akan perbaiki segala kekurangan diri dan membuat terbaik dari sebelumnya...

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru




Selamat Hari Guru buat guru2 di malaysia dan guru2 yg telah mendidik mitzest...

Besar jasa seorang guru mendidik murid2..


Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979






Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Ibu







Selamat Hari ibu buat semua ibu2 di luar sana...
Dah 2hari lepas baru nak menghupdate blog ku ini..hehe.. Sibuk sesangat nak siapkan project little me..Now Alhamdulillah all settle :)



Mother's day weols celebrate kat rumah my mum kat Bandar Putra kulai.
Bila petang je , ajak my daughter gi hutan bandar putra,bersiar2.. Best sangatt!!!


Kami beli roti mmg nak bg ikan2 kat hutan ni kenyang!!! heeee


Nyamankan, masa ni hutan bandar ni meriah sangat,dgn dendangan lagu2 klasik..
Sekali tgk dah mcm pesta hari keluarga dah.... :)


My princess ngan her Mak ngah 


Sesi bersantai2