Followers

Sunday, June 17, 2012

Permulaan Menjadi Usahawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Adakah anda berminat menjadi usahawan pakaian?
Jika ya jawapan anda,anda perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang berguna untuk berjaya dalam perniagaan pakaian.

Bisnes pakaian adalah bisnes yang mudah dan praktikal.
Semua orang boleh melakukannya walaupun modal sedikit.
Secara asasnya bisnes pakaian boleh dilakukan melalui lima cara iaitu :

1.Menjual secara maya(online)
2.Menjual di kawasan pasar malam,ekspo,pameran dll.
3.Menjaja dari rumah ke rumah.
4.Membuka gerai/kedai.
5.Membuka kilang kecil atau besar.

Anda boleh memilih mana-mana jenis bisnes mengikut kesesuaian dan kemampuan kewangan anda....



Persediaan :

1.Ilmu dan kemahiran.Ilmu boleh didapati dengan membaca buku tentang bisnes pakaian dan bertanya org 2 yg dah brpengalaman luas dalam bisnes pakaian.

2.Modal yg cukup.Jika nak bisnes kecil gunakan modal kecil.Jika nak mulakan isnes besar,gunakan modal besarrr.

3.Buat kajian tentang lokasi,persaingan,jumlah pelanggan,jumlah persaingan,sasaran pelanggan,jenis produk dll.

4.Ikuti perkembangan dunia fesyen krn ia akan membantu anda berjaya.


5.Tambahkan segala kemahiran dan ilmu pengetahuan agar bisnes berjalan lancar.

6.Cari sumber bekalan yang murah dan berkualiti sama ada dalam dan luar negara.

7.Niatlah bernaiga kerana Allah dan berusaha berniaga mengikut lunas2 islam agar menjadi usahawan kaya wang kaya iman...

Saturday, June 16, 2012

Aktiviti Di hari Sabtu

Hari ni, dari siang sampai ke malam asyik makan free je..Alhamdulillah  :)





Weols pergi jemputan harijadi Anak Nur hidayu (berbaju hijau) yang ke 3 tahun..
Dah besar dah,pejam celik je anak2 kami membesar, seronok je nanti klu mama keluar 
bersama kawan2 anak-anak pun ada kawan nak main dan pastinya memamg riuhlaaa.... ahaks!


Balik dari majlis ayu, weols singgah Plaza Angsana..
Lama tak keluar sama2 jadi berjalan sakan la kami..hehehehe
Alang2 dah keluar tak lupa juga untuk singgah di kedai buku membeli rujukan agama dan
iQra' untuk my princess..



Meriah je kan suasana kedai tudung ni, apalagi sesi memboronglaa....

Selepas penat berjalan weols melawat seorang teman baru lepas bersalin,
dia hidangkan kami mee hoon singapore bersama karipap yang sangat sedap!

Sok sek sok sek sedar tak sedar dah jam 10malam, sekejap je rasa masa
berjalan,so weols pun beransur pulang dengan perut yang kenyang...hehehehe

Sunday, June 3, 2012

Makan nasi minyak

Alhamdulillah , seorang lagi kawan me menamatkan zaman bujangnya 
bersama orang tercinta.. 

Semuga bahagia hingga ke akhir hayat..Amin.




Berseri-seri betul muka pengantin ...