Followers

Sunday, July 28, 2013

KUIH RAYA TAK BERAPA NAK RAYA

Tajuk jerp dah lemaukan , bukan ape tahun ni tak berapa nak feeling raya sangatlah sbb tak dapat puasa penuh atas fktor kesihatan.Jadi baju raya pun xde ,layankan husband & anak je la berbaju raya serba kuning 2 beranak yerp. Maknya???? nak kata apa pun tak boleh badan smakin mgembang pakai ape yg ada je laah... hehee

Today me buat kuih raya , tak seperti tahun2 sebelumnya asyik buat kuih tunjuk je..hahaha.. Kali ni test air tangan buat kuih raya,  tu yg wujud posting ni.Nak tahu ape?? belum tulis me dah ketawa sensorang sambil menaip ni.. Ngeee Me try buat kuih yg bahan2nya mudah dan senang dulu, okelah agak mudah tp bila siap jauh panggang dr api.Erkk betul ke ayat ni??hahaa Biskut oren yg me buat takdelah ghope seperti dalam majalah tu tapi dah mcm biskut choc chip dah.Nak share pic pun segannn..ahaks

Okelah tu kan me bg try husband dia kata "bolehlahhhhhhh"..... Ada faham?? bolehlaaahhh.Komen yg tak berapa nk jujur atau sedapkan hati je tu.haish. Me bagi adik angkat husband try plak, " Oke kak sedap lemak2 cukup rasa strawberry lagi ".. Hah!!??? strawberry celah mana pulak ni dikkk..hahaha akk buat biskut oren tau mcm ne kuar rasa strawberry.. Juri2 ni sume lidah dah boleh kena servis, nak tak nak tunggu komen dari my mum sbb ada sample me pass pada adik me.Kalau sedap bolehlah buatka untuk mak tersayang jugakkan. Klu dia kata tak payahlah, oke fine! sila faham..hahahahaha

Esuk masih sesi membuat kuih lagi walaupun pencapaian hari ni oke2 jerk.Dsebabkan barang2 pun udah di beli wajiblah kena buatkan klu tak mau campak dlm resepi kek je..ahaks.Nantikan biskut milo & choc chip me punya esuk oke. Klu menjadi me akan share gambar beserta resepi sekali.Biskut oren tu idoklah me nak share yea..hahahaa

2 comments:

  1. Salam kenal..Biasalah tue percubaan pertama.. hrp2 biskut lepas nie menjadi la yer.. ;p
    I follow sini.. #102

    ReplyDelete
  2. Salam kenal sis,
    Tulah percubaan pertama tiada rupa,kedua ketiga insya allah tahun depan cuba lg..hehee

    ReplyDelete