Followers

Thursday, November 21, 2013

Adeena Safiah demam kuning










Alhamdulillah,
My baby deena selamat lahir ke dunia pada 3 oktober 2013 seberat 3.34kg.
Apapun setiap anak pasti ada pengalaman yang berbeza..
Kali ini pengalaman taklah semudah anak sulong,klu nk digambarkn semula.. Aduh!!
Walaupun sudah 51 hari berlalu,trauma masih terngiang2 lagi....

Apapun semuanya selamat,cuma baby deena ada demam kuning,
Tapi tidaklah sampai ditahan wad,berlampu bagai..
Niat nk berpantang habis2 an terbantut, apabila tanda kuning sudah nmpak pada hari keempat.
Nurse kkia yg dtg check kt rumah suruh check kuning di klinik pesakit luar jln mahmoodiah.
Bermulalah rutian harian selama 2 minggu,dr klinik mahmoodiah bacaan tinggi 16.7,
kemudiaan me diarahkn supaya pergi ke kecemasan menaiki kenderaan klinik kesihatan.
Perasaan masa tu takut dan risau sgt sbb kali pertama. Anak yg sulung cuma dtg check kemudian
terus pulang.

Selepas tiba di zon kecemasan dan selesai urusan pendaftaran, me pun menunggu giliran dipanggil.
Selesai diperiksa oleh doktor, me kena pergi semula zon yg periksa tekanan darah untuk diambil semula darah. Klu di klinik tadi darah diambil pada tapak kaki bayi, kali ini darah diambil di tgn pula.
Ya Allah, tuhan sajelah yg tahu betapa sakitnya kita melihat kaki & tangan anak dicucuk.
Tangisan je dh buat mata kita bergenang ngan air mata,apa pun me tabahkan hati.
Selesai saja pengambilan darah,nurse suruh me ngan baby deena stay di wad sementara,untuk
Menunggu keputusan ujian darah. Wad sementara ni selesa dan mesra bg ibu2 breast feeding..
Apabila keputusan darah keluar,bacaan 12.3 doc kata tak perlu tahan wad dan boleh balik.
Masa ni agak lega dan syukur sgt tetapi nurse kkia dtg semula suruh kita buat repeat sampailah keputusan bacaan bawah 10 barulah dikira normal..

Stress jugaklah dibuatnya,sbb tu pantang ntah ke mana.Masa first time keluar tu mmg la berbengkung bagai tapi masa nk daftar kena tegur..hahaha "akk pakai jamu yea" bau kuat rupanya..huhu
Start tu dah xpakai pape,keluar juz pakai stokin jelah..
Makan jgn ckplah mmg kebulor je rasaaa,yeala bgun pagi dah sibuk nak bersiap mandi lagi,
Siapkan baby lagi them tros keluar,klu sempat pun jamah gitu2 jea. Klu lambat klinik ramai org,parking pun susah..

Selama 2 minggu berturut2 ulang alik kedua2 tempat tp hari keempat xperlu naik kenderaan
Klinik dah,boleh naik kenderaan sendiri. Apabila melebihi 2 minggu doc sarankan kita ke klinik pedriatik pula..Ohhhhh letihnya lahai tapi oklah dari kena ulang alik klinik ke hospital dan duduk kt wad berejam..

Kat wad pedriatik pula,baby deena kena ambil darah semula sebanyak 6botol darah dan dua botol air kencing.. Bayangkanlah sampai menggigil me dibuatnya masa disuruh pegang baby untuk diambilair kencingnya. Tangan pula jgn ckplah sampai sekarang kesan lebam masih ada lagi.. Selesai
Semua tu, nurse suruh dtg semula untuk result lg 2 minggu. Selepas 2 minggu me dtg semula,
Mmg berejam sungguh menunggu giliran, tiba giliran doc buat checkup kt baby deena &
bgtau masih ada kuning dan suruh dtg lagi 2 minggu untuk buat ujian air kencing semula sbb dikhuatiri ada jangkitan kuman disaluran air kencing. Kali ini ada diberikan ubat antibiotik untk diminum selama seminggu.

Selepas 2 minggu dtg mcm biasalah berejam jugak menunggu selepas siap urusan pengambilan urine.. Masuk bilik doc pun untuk check2 biasa then next appoiment lagi seminggu iaitu 2 disember 2013. Kesabaran mmg perlu ada,stress tu jgn ckplah sampaia sekarang pun masih risau dgn kesihatan baby deena. Apa pun masih tunggu result urine disember nanti,semoga baby deena dalam keadaan sihat dan tiada apa yg membimbangkan..

So far baby deena mmg fully breastfeeding dan belum pernah demam or meragam teruk.
Kalau nangis time malam tu biasalahkan..



No comments:

Post a Comment