Followers

Friday, April 19, 2013

Umrah 2013


Perjalanan mengerjakan umrah mmg sukar untuk kita lupakan,kalau boleh  ingin sekali kerap mengerjakan ibdah umrah kerana apabila di sana tiada apalgi yang kita fikirkan selain beribadah. Bertamu di tanah suci ini amat besar pengertian buat diriku yg serba kekurangan ini dan bersyukur sangat diberi peluang menjejakkan kaki di sana.. Ya Allah ku bersyukur dan cuba memperbaiki segala kekurangan yang ada pada diriku ini. Memang 2 minggu seakan sekejap shj rasanya dan terasa sedih apabila tiba waktu untuk berangkat pulang.. 

Kenangan di Masjid Nabawi penuh bererti dan saat memasuki Taman Raudhah besar sungguh bermakna dalam diriku yang tak pernah tersangka akan dapat menjejakkan kaki di sana.Mengerjakan Umrah bersama keluarga adalah moment yg sangat bererti dalam hidupku.Mengadap kaabah bersama meluangkan masa beribadah bersama dan menitiskan airmata kesyukuran bersama..Indah sungguh berada di Tanah suci mekkah ini. Insya Allah ada rezeki pasti akan kembali dengan izin Allah.. Amin..