Followers

Sunday, July 28, 2013

KUIH RAYA TAK BERAPA NAK RAYA

Tajuk jerp dah lemaukan , bukan ape tahun ni tak berapa nak feeling raya sangatlah sbb tak dapat puasa penuh atas fktor kesihatan.Jadi baju raya pun xde ,layankan husband & anak je la berbaju raya serba kuning 2 beranak yerp. Maknya???? nak kata apa pun tak boleh badan smakin mgembang pakai ape yg ada je laah... hehee

Today me buat kuih raya , tak seperti tahun2 sebelumnya asyik buat kuih tunjuk je..hahaha.. Kali ni test air tangan buat kuih raya,  tu yg wujud posting ni.Nak tahu ape?? belum tulis me dah ketawa sensorang sambil menaip ni.. Ngeee Me try buat kuih yg bahan2nya mudah dan senang dulu, okelah agak mudah tp bila siap jauh panggang dr api.Erkk betul ke ayat ni??hahaa Biskut oren yg me buat takdelah ghope seperti dalam majalah tu tapi dah mcm biskut choc chip dah.Nak share pic pun segannn..ahaks

Okelah tu kan me bg try husband dia kata "bolehlahhhhhhh"..... Ada faham?? bolehlaaahhh.Komen yg tak berapa nk jujur atau sedapkan hati je tu.haish. Me bagi adik angkat husband try plak, " Oke kak sedap lemak2 cukup rasa strawberry lagi ".. Hah!!??? strawberry celah mana pulak ni dikkk..hahaha akk buat biskut oren tau mcm ne kuar rasa strawberry.. Juri2 ni sume lidah dah boleh kena servis, nak tak nak tunggu komen dari my mum sbb ada sample me pass pada adik me.Kalau sedap bolehlah buatka untuk mak tersayang jugakkan. Klu dia kata tak payahlah, oke fine! sila faham..hahahahaha

Esuk masih sesi membuat kuih lagi walaupun pencapaian hari ni oke2 jerk.Dsebabkan barang2 pun udah di beli wajiblah kena buatkan klu tak mau campak dlm resepi kek je..ahaks.Nantikan biskut milo & choc chip me punya esuk oke. Klu menjadi me akan share gambar beserta resepi sekali.Biskut oren tu idoklah me nak share yea..hahahaa

Thursday, July 25, 2013

DOA KETIKA ANAK SEDANG TIDUR


Bagus buat amalan sebelum kita tidur semuga anak2 menjadi soleh dan solehah.... Amin...

IFTAR WIF BFF @ LC CATERING JB

Alhamdulillah dengan kesihatan yang membaik,dapat juga jumpa dengan sahabat2 baik dan berbuka puasa bersama..Semenjak balik dari umrah mmg dah tak duduk2 ngopi ngan member2 atas faktor alahan morning sickness yang teruk..Lpas trimester pertama terus terbiasa duduk rumah pulak dan teramatlah malas nak keluar..hehehe Berbeza dengan me yg dulu yerp pantang org pelawa kaki punggung dah panas nak keluar but now dah berbeza sungguh mungkin faktor usia??? atau terasa diri dah tua walaupun belum lagi mejangkau 30-an..hahahaa

Apapun me happy hari ni dapat jumpa bestie-bestie sekalian.Bila dah bersua muka mmg tak sah pecah perut dan menggamatkan suasana tak kira di mana shj,dengan anak2 nya lagi..haha macam2 gelagat, baik mak2 dgn anak2 sekali..hahaha

Tahun ni mmg musim mengawan kot mmg ramai mber2 yang bunting tahun ni.. weols antaranya yerp..hehee


Paling kiri (SUE) nak masuk tiga org dah anak,kandungan dlm perut baru masuk 4bulan tp comel je belum nmpak lagi.. Yang tengah tu (EMY) mengandung anak pertama  berseri2 muka dialahh suka tgk.. Yang kanan tu (ME) laaa..hahaha baru nak masuk anak kedua tp badan dah rasa tua sangat berbeza sungguh ngan my freind SUE walaupun anak nak masuk 3 sangat aktif oke...Adakah akibat tak jaga pantang masa anak pertama dan tak makan jamu??? inilah mendapat akibat katanya.. heee


Meriah kalau masing2 dah berjumpa, ni pun cepat pancit sebab kekenyangan.Pada yang nak info tentang LC catering http://lc-catering.com/v2/  boleh hubungi 07-3357355 untuk booking dulu yea.. sebab terlalu lah ramaiiiiiiiiii..okelah every year mmg tak dapat nak jamah sume jenis makanan sbb banyak jenis yg tersedia.. Untuk dewasa dikenakan bayaran sebanyak RM42 dan kanak2 berumur 6tahun - 12tahun RM25..




Hah macam anak dara lagi je diorg ni ekkk.. Yang sebelah kiri berbaju pink tu (YAN) anak dah 7 tahun oke,tapi mak dia bergetah macam anak dara uolsss dan sebelah kanan (SHASHA) orangnya lagilah kecik molek, anak dah 2 orang keyh!Dulu selalu sound dia kalau bwak kereta dia yg estima tu dah macam budak sekolah memandu kereta..hahaha comel jerp & klu berjalan dengan anak2 dia dah mcm kakak ngan adik2 je nampaknya.. ngeee



Bertudung pink tu (AMOI) baru ada anak lelaki  sorang comel dah pandai jalan pun..Lamakan xjumpa last update blog pasal jenjalan kat JPO xsilap..yang kanan hujung sekali bertudung oren tu (LISA) satu2nya mber weols yang bujangan.Calon ada tapi belum bersedia lagi ..hehehe


Mereka inilah kawan susah senang bersama,walaupun keadaan sekarang jarang bertemu mereka tetap di hati.. Dari remaja sehingga beranak pinak bersama selamanya...Insya Allah.. Lepas ni turn anak2 pulak mesra bersama.. hehehehe

Tuesday, July 23, 2013

Tanda-tanda sakit badan yang perlu kita tahu

 Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.



Disediakan oleh:

Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Sunday, July 21, 2013

ELKEN

Uolssssss, pernah dengar pasal elken x??? Hah ni nak story mory tentang seorang rakan me yg dah berjaya sehingga dapat tabung kereta now mengejar tabung rumah pulak katanya yang baru nk masuk setahun dalam kerjaya elken ni.. My fwen ayu ni mcm me gak fulltime housewife muda lg tu xsilap baru 24 tahun kot,masa memula penceburan dia dalam dunia elken ni adalah jugak pelawa me tapi me mmg jenis terus terang me kurang berminat dalam MLM ni sbb me bukanlah jenis yg peramah sakan dan bergaul selepas anak nak membesar ni.Lagipun me suka fokus pada minat me berniaga pakaian secara online,Ingat yea **Minat**hehehee mb me bukanlah jenis yg suke mencari duit tambahan tp cukup sekadar keperluan dan seadanya dh cukup memadai bg me lah.. Klu org lain mesti nak cari duit lebih ye dop..

Bagi yang ingin mencari duit tambahan ni me nak share lah yea,sbb dah ramai mber me yg sertai selepas tgk kejayaan ayu ni. Selepas beberapa bulan menjinakkn diri dlm elken mmg nampaklah perkembangan dia dlm fb mmg aktif post dgn aktiviti2 elken ni.Baru2 ni dia baru balik dari percutian tajaan elken ke china dgr2 pangkat dia dh besar jugaklah byk manager di bawah sehingga berjaya mendapatkan tabung kereta and now seorang fulltime housewife muda lg kot berjaya keluarkan HONDA ACCORD hasil usaha dia dalam elken dan pendapatan bulanan pun boleh tahanlah dengar khabarnya..Memang nampak perubahan besar dalam dunia elken sbb tu me berani nak share untuk org2 luar yang ingin menambahkan pendapatan boleh cuba dalam dunia elken ni..




See??? muda lagikan, nak seribu daya dengan usaha pasti berjaya.



Ni lagi 2 orang my freind SUE&NURUL dah mengikut jejak langkah. Gambar yg di atas my freind Nurul yang sebelum ni bekerja di RHB pun baru meletakkan jawatan besar dia hanya untuk fokuskan diri dalam dunia elken sbb dalam elken tak terikat dengan masa seperti kita makan gaji dengan orang..Boleh nampak x??? Elken membuka byk peluang untuk org yg ingin menambahkan pendapatan dan byk membantu fulltime housewife di Malaysia ni..

Thursday, July 18, 2013

CERITA SEDIH

Bila ngandung ni kita jadi hoverrrr emo, tgk hindustan nangis,citer melayu nangis,citer korea nangis semua cerita lah bikin nangis..hahahahah Sekarang bukak fb pun boleh nangiss ouhhhh*** sangat sensitif hati ini bagai tisuuuu... Ni salah satu citer sedih nak share :

Setiap suami mesti baca!!!!! Assalamualaikum….Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tdk tahu di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pd ustaz supaya hati saya tenang & mungkin dpt meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..Ustaz,saya merupakan seorang lelaki yg mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.Harap ustaz tdk bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kpd seorang isteri yg amat baik & setia.namun ustaz..,saya tdk pernah menghargai kasih & sayangnya yg dicurahkan kpd saya krn pd waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yg mana kaca & permata.Ustaz, saya telah berkahwin dgn seorang wanita yg pd asalnya tdk saya cintai.Dia seorang yg sederhana pd segi paras rupanya.,seorang yg tdk pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..bertudung labuh,bersopan santun..baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dlm keadaan saya masih belum bersedia.Ustaz terus terang saya katakan yg saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik drpd isteri saya & kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit & tidak menutup aurat.Ustaz,selepas berkahwin dgn isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau & keliru.Saya amat marah kpd isteri saya krn pd anggapan saya krn dialah saya tdk dpt bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya dgn harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.Pernah saya tdk balik ke rumah dgn tujuan isteri saya akan membenci saya,tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya & bila saya masuk ke dlm rumah,dia menyambutnya dgn mesra & bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk & hidangkan makanan?”Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya apabila dia bertanya pd saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?Paannggg..!! Satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.Perasaan geram,marah & rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya,dia menangis teresak-esak.Saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya..dia bersabar & melayan saya sebagai suaminya.Ustaz, pernah suatu hari dia ingin bermanja dgn saya,membawa sepinggan nasi goreng yg digoreng untuk saya,pd masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dlm handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yg digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yg berhamburan ke lantai..Ustaz,saya bertambah lupa daratan..saya habiskan masa berhibur & berlibur dgn kawan-kawan di luar dgn harapan isteri saya akan lebih sakit hati & meninggalkan saya,rupanya dia tetap tabah & bersabar..Pernah juga saya menendang badannya krn dia menasihati saya supaya tdk mencari hiburan dgn jalan yg dimurkai Allah.Ustaz..pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yg tahu dia berbohong.Ustaz, suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah & saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dgn kemalangan…tulang paha saya patah & sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.Hampir 5 bulan saya terbaring tidak berdaya..ketika itulah isteri saya menjaga saya dgn setia sekali.Berak kencing saya dia tadahkan,dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya & memakaikan pakaian utk saya..Bila saya mengerang sakit krn kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yg bangun dalam keadaan mengantuk & terhoyong hayang krn tidak cukup tidur..dia datang kpd saya & menyapukan ubat krim & memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega & tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi..risau saya mengerang kesakitan lagi.Ustaz,isteri sayalah yg menyuapkan saya makan,dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.Dia akan membuatkan makanan & minuman mengikut kehendak & selera saya.Bila saya kenangkan kembali sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dr teman-teman yg setia berjoli dgn saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.Kekasih saya..lagi lah..apabila dpt tahu saya kemalangan & tidak boleh bangun, dia tdk mahu lg menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang.Dulu..dialah yg menghasut & memberikan harapan pd saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan & dosa yg telah saya lakukan.Ustaz..saya kasar..kejam & zalim kepada isteri yg menyayangi saya.Besarnya dosa saya..amat menyesal rasanya.Ustaz..ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit & saya beransur pulih,isteri saya jatuh sakit.Badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yg merawatnya, isteri saya jadi begitu krn terlalu letih & susah hati….hati saya menjadi sebak krn saya tahu sayalah puncanya.Ustaz,kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun & maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.Dia hanya tenang & menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yg amat sangat diikuti dgn perasaan menyesal.Ustaz,selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.Saya menjaganya setiap hari.Saya belai rambutnya,saya kucup dahinya…sambil airmata ini tdk berhenti-henti mengalir.”Jgn menangis bang….bukan salah abang..mungkin saya ni yg tdk pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lg sehingga keluarga yg datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yg memuji saya krn beranggapan saya suami yg amat menyayangi isteri…Ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.Ustaz..isteri saya ada berkata,dia meminta maaf kerana tidak dpt melahirkan zuriat untuk saya krn masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.Saya meraung..merayu kepadanya agar tdk meninggalkan saya.Tapi katanya.,setiap yg hidup pasti akan mati & dia meminta saya menjaga diri baik-baik krn dia tidak boleh lg menjaga saya.Ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata-kata terakhir itu.Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dgn bebanan dosa & jutaan kesalan yg menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.Ustaz,jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini..? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kpd isteri akan diampunkan Allah..tolonglah ustaz saya amat menderita..jiwa saya terseksa…Mungkin ini hukuman yg patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik..jgn lupa tunaikan solat..berbuat baik,takutlah kepada Allah..& jika bertemu dgn insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya,sayangilah dirinya.”Ustaz,sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota & sebuah lagu untuk saya dengar & hayati.Lagu itu adalah harapan yg dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yg terkandung dlm lagu itu dia harapakan dari saya….Di dlm nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini & ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang...mendengar cerita abang..menyambut abang pulang dari kerja..bergurau & bermanja dgn abang..memeluk abang ketika tidur..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."Ustaz,saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pd ustaz..krn inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pd ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…Ustaz..saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami..Sayangilah isteri anda..selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu.Janganlah terjerumus dgn kesilapan yg saya lakukan..pasti anda akan menyesal tak sudah..Terima kasih ustaz..doakan saya...
P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada, semoga roh isterinya ditempatkan di kalangan orang yg beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..Amin ya rabbi..
*SAYANGILAH ISTERI ANDA*
 

Wednesday, July 17, 2013

ITINERARY KUL-HKG-GUANGZHAO-KUL

MERENTASI NEGARA HONGKONG - SHENZEN - GUANGZHAO
BY AIRASIA ( KUL-HKG-GUANGZHAO - KUL )


BUDGET HOTEL FOR 5DAYS - RM 840/3= RM 280 P/pax

** OCTUPUS CARD (Hongkong) ADULT 150HKD (RM62)

TRAIN SHENZEN -> GUANGZHAO :  100CNY ( RM51)

ENTRANCE FEE : HONGKONG DISNEYLAND - ADULT - 450HKD ( RM180)
                                                                                         KIDS - 320HKD (RM 132)

THE PEAK TRAM :  ADULTS- 40HKD (RM 16) RETURN TICKET
                                     KIDS - 18HKD (RM 8  ) RETURN TICKET

 WINDOW OF THE WORLD - 160CNY (RM 80)

TOTAL : RM800      (**NOT INCLUDE SHOPPING EXSPENSES) **anggaran kasar



Day 1  - HONGKONG

-GOLDEN CROWN GUESTHOUSE-   RATE 600HKD P/NITE (RM250x2/3=RM166 PERPAX)

- AVENUE OF STARS
- tepat jam 8pm selama 15-20mins ada pertunjukan laser show atau Symphony of Lights.


-   THE PEAK

1. MTR TSIM TSA TSUI -> CENTRAL STATION (HKD8.60)RM 4
2. DARI CENTRAL STATION EXIT J2
3.NAIK TNGGA KE GROUND LEVEL
4. BELOK KANAN UNTUK KE CHATER GARDEN
5. JLAN TERUS MELINTASI GARDEN, AKAN NAMPAK BANK OF    CHINA TOWER SEBELAH KANAN                         
 6. JALAN TERUS KEHADAPAN MELINTASI TRAFFIC LIGHT DAN TERDAPAT SIGN DI SETIAP TRAFFIC LIGHT JUNCTION
 7. FOLLOW THE SIGN DAN AKAN JUMPA THE PEAK TRAM ENTRANCE
                                                                 
                                                                                         

- HARD ROCK HONGKONG - (THE PEAK ARAS P1)

- KOWLOON

- LADIES MARKET -  dari Tsim Sha Tsui. Naik train dan turun di stesyen Mong Kok. Ikut tanda arah yang disediakan apabila nak keluar dari stesyen. Night market ini bermula dari pintu keluar tersebut.



Day 2 -  HONGKONG DISNEYLAND

 - TIKET MASUK 450HKD (RM 180)
  - Dari Tsim Sha Tsui kami mengambil train hingga ke Lai King, kemudian tukar line ke Sunny Bay. Dari Sunny Bay train khusus untuk ke Disneyland ada disediakan yang hanya mempunyai satu stesyen.

   -   NGONG PING 360 VILLAGE **
 ..dari Hong Kong Disneyland adalah dengan membeli tiket dari MTR Disneyland ke Thung Chung. Sesampainya di Thung Chung tinggal ikut arah ke halte bus Ngong Ping.Biasanya kalau cable car sedang maintance mereka akan memberikan informasi di halte dan akan DIBERITAHU arah bus ke Ngong Ping.   Halte bus jurusan Ngong Ping ada di nomor 23. Harga tiket bus HKD 35 untuk pergi – pulang.

    -  CITY GATE OUTLET **

               
Day 3 - SHENZEN
 -  Checkout hotel 7.30am

 -> MTR dari Tsim Sha Tsui, tukar train di Yau Ma Tei     dan tukar lagi untuk ke Kowloon Tong dan seterusnya ke Lo Wu di sempadan Hong Kong dan China ATAU stasiun East Tsim Sha Tsui, naik MTR sampai Hung Hom dan dari sana naik KCR sampai Lowu. BELI TIKET KE GUANGZHAO

- CHECK IN HOTEL - MUSLIM HOTEL -RATE 300RMB (RM155 /NITE) AGODA (RM107/3= RM36 P/NITE)
                                   
ATAU
HAIFU HOTEL - RM165/3= RM55 /NITE


- WINDOW OF THE WORLD (WOW)

-Harga tiket masuk  RMB 160. (RM80)
 - Ada beberapa cara untuk ke sini. Jika nak naik Shenzhen Metro boleh ke stesyen yang terdekat iaitu di Lao Jie dengan teksi. Kita juga boleh ambil teksi terus ke sana. Tambang teksi di Shenzhen agak murah berbanding di Hong Kong. Lokasi WOW terletak berhampiran stesyen Shi Jie Zhi Chuang dengan pintu keluar masuknya yang berbentuk piramid berada betul-betul  di hadapan taman ini.  ATAU Dari Luohu, naik balik Metro Line 1 (hijau) beli tiket ke perhentian Shijiezhichuang (Window Of The World) dengan harga 4 CNY.  Di perhentian Window of The World ni, keluar sahaja dari stesyen terus sampai depan pintu masuk.

- SPLENDID CHINA ** - Harga tiket masuk

- DONG MENT MARKET


DAY 4 -  GUANGZHAO

 - check out hotel meneruskan perjalanan ke stesyen lowu -> guangzhao
         
 - CHECK IN HOTEL -

-Gangding Garden Inn -  RATE RM85x2ROOM= RM 43 P/pax

- Clivia hotel guangzaho

                 -  SHOPPING WHOSALE -  CHAN SI LIU
                                                            - Plaza borong pakaian
                                                           -  Shangxiajiu LU -  naik metro turun kat stesyen Changshou Lu ( line 1 ) pastu amik pintu D..jalan ke Dishipu Lu hingga korang jumpe jalan Shangxiajiu..mmg berbaloi shoping kat sana... (**BAJU BUDAK)

- Zhong Da fabric market/ Highsun Plaza. (fabric)

        - BEIJING LU


DAY 5 - GUANGZHAO - > KUALA LUMPUR

               - Aktiviti merehatkan diri sebelum urusan daftar keluar hotel
              - Selepas urusan daftar keluar hotel,simpan lugage untuk sementara waktu di hotel dan keluar untuk membeli-belah pada saat2 akhir
              -  4.00pm bersiap2 untuk perjalanan ke airport
             - 8.50pm berlepas pulang ke KUALA LUMPUR

     - KUALA LUMPUR

- tiba di LCCT dalam jam 1am menuju ke BURGER BAKAR ADAM untuk menikmati burger bakar special.Selesai makan urusan check in di  HOTEL ISTANA KUALA LUMPUR.

DAY - 6  KUALA LUMPUR -> JOHOR BAHRU

      - BUKIT BINTANG - Selesai urusan daftar keluar hotel bergerak menuju ke bukit bintang membeli barang2 keperluan sebelum bertolak balik ke johor bahru.

** MAKANAN YG PERLU DIBAWA :
- ROTI GARDERNIA +  NUTELLA
-TUNA
- MAGGIE CUP/MAGGIE KARI
- BUBUR SEGERA
- MAGGIE INDOMIE/MEE SEDAP(MEE GORENG)
- ROTI JAGUNG/CHOC/VANILA
- APAM POLKADOT
- BISKUT2 / JAJAN2 ANAK

BUAT PARA-PARA SUAMI DI LUAR

Kisah Benar. Luahan Pengalaman Seorang Suami | Apabila menatap gambar-gambar ibu bersalin, menerawang fikiran aku teringatkan kembali detik-detik isteri aku ingin melahirkan zuriat pertamaku ke dunia. Ketika diberitahu isteriku dimasukkan ke dalam hospital pada jam 1 pagi aku masih dibuai mimpi di rumah sewa berhampiran universiti. Keletihan akibat kuliah penuh sepanjang hari sebelumnya. Sebelum tidur, aku sempat berbalas-balas SMS dengan isteriku bertanyakan keadaannya ketika itu. Katanya, dia tidak makan sejak petang lagi. Aku menyuruh dia mengambil air susu sebelum tidur.

Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai. Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..

Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10cm. Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku sendirian.

Berbekalkan Quran yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.

Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ‘’Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,’’pelawanya ramah. Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui.

Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya. Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil. Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu. Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang hampir lemas.

Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku.

‘’Abang.. Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?’’

Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama. Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur..

‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’

Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku bersama insan pilihanku.
Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya..

Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta. Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.

1 jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina. Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada.

‘’Suami kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’ Zulaikha.

Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku. Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa..

‘’Ya.. Saya kak. Saya suami dia’’

‘’Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?’’

Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun.

Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan. Baru aku faham.

‘’Perempuan nurse’’ kataku tersenyum malu.

Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.

‘’Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini.

‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’

Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan.

Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan

‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’.

P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.

Tuesday, July 16, 2013

AIR ASIA SALE DATANG LAGIIIII

HoMaiiiiii, perot dok boyot lagi dah gatal tangan dok booking next yearnya trip... Walaupun BB(blackberry) ku tersadai dalam laci tapi airasia sangat licik dengan mengeluarkan promosinya di televisyen ** Dah hari2 dok online takkan tak menyinggah ekkk!!

Selalu segala notification semua kuar kat hp BB yg selalu bz,termasuklah sale2 dari airasia. Setelah sekian lama dgn tenang tak dengar ape2 bunyi datang dr BB yg tertimbus dalam laci tu, eyyyyhhhhhh dia kuar tv plak...hahahahaa  #TERGUGAT mak nak jalannn dikkkk...

Nak tahu ke mana?????? .....................................................................................

Ke hong kong katanya, al-kisah ntah macam mana kuar rancangan ape tah kat tv pasal hongkong disneyland, cakaplah ngan anak nanti kita pergi yerp. Tuptup selang xsampai seminggu kot dah airasia sale dan dengan tak tahannya tangan ni menyinggah ke laman kemerahan AIRASIA.




TOTAL  : RM288.21

Superb murahhhhhhkann mana mak tak tergoda nak. So my adik yg bookan tuk weols anak beranak, ajak jugaklah si suami tapi seperti biasakk ada je alasan dia, lamalah,malaslah,kejelah.. #Sabojela ntah bilalah nak angkut sang suami ni naik aeroplane asyik bini dia jerp berjalan sakan kan,nak jugaklah berkepit holiday ngan suami.. haiss Takpe mb one lucky dayyy :)

So lepas ni sementara nak tunggu terberanak ni kena buat itinerary siap2, lagipun nampak mcm byak masa lagi nak buat researchkan tapi klu dah lepas bersalin tu mmg takdenya la masa nk research bagai ni.. Fokus on baby jerp lah... Ni dengar2 adik perempuan me @ anak kelima mau kahwen awal dari tarikh sepatutnya, semakin sibuklah dibuatnya... Ngeee

Monday, July 8, 2013

Nilai 3

     Entry kali ni memang rasa nak meluahkan rasa tak puas hati di salah satu kedai di nilai 3.
Niat dihati mmg nak ambil gambo bagai sbg peringatan untuk org lain jugak,
tp bila2 fikir balik tak baik pulakkan tutup periuk nasi org. Kalau nak customer sekali pun janganlah sampai
menganiaya org..

Me bertolak dr jb ke kl dalam jam 5am planning nak ke ikea & nilai 3,
so we bajetlah masa sampai kl dalam kol 9am so bertawaf kat ikea dalam jam 1-2pm bergerak balik 
singgah ke nilai nak buat langsir.So bajet lepas asar dah gerak balik jb,mana tau lepas isyak baru bertolak 
balik jb.Sedeyh!!!!!!!!

Al-kisah jalan ceritanya me first time nk belajar tempah langsir bagai ni sbb selalu shopping langsir
dah siap kat geylang,singapore jerp mcm2 ada..hehehee
So tahun ni cuba belajar menempah sendiri kat area jb ni takde plak berkenan di hati.Lgpun susah xbyk choice ada kedai sampai mencecah 800-1k untuk sliding door shj.Matidekkkkkk
*
*
*
*
*
Survey2  online tuk tempahan langsir pun cam tak confident tu yg tergerak hati nk search kat nilai 3.
Ramai blogger ckp tempah langsir boleh siap dlm sejam dua jerp tu yg terdetik hati nak menyinggah ke sana..hehehehee Tak taulah dah nasib badankan ingat nak survey2 langsir byk tempat tp baru masuk 2 kedai dah sangkut kt satu langsir ni.Konon nak cr langsir bwh RM20 semtre tapi disebabkan terlampaulah rambang dan penuh bernafsu tgk keadaan meriah di nilai 3 ni xsanggup nak jalan lelama tros je sambar yg RM35 smtre..Saboje lah..Lepas tu tanya mat bangla ni bape lama boleh siap,dia kata plg lama boleh 2jam.
Me pun tgklah my sis a.k.a merangkap driver JB-KL-JB dgn muka yg SOSOooo je dia
pun oke jerk.Me pun pastikan siap pesan klu boleh 1jam setengah dia selamba kata sy cuba la kakak..

Lepas 2jam berlalu xcall2 weols pun trus datang kedai dgn selamba dia kata belum siap lg kakak,
1jam lg boleh,Perghh kt situ my sis dah berubah muka dia xpe sabo lg, sejam berlalu TAK SIAP LG!!!! 
kakak setengah jam lglah hoh dengan penuh kesabaran sempat gak my sis dok bebel kt bangla tu hishhh buat keje lembap betulll tp bangla tu selamba jerk.Mana tak menyirap dgn kita bwak perut ke hulu hilir 
duit minyak jalan uolssssss tambah beli mcm2 lagi lama kt nilai 3 tu tah ape2
yg takde dlm list terbeli..... GrrRrrrrrrr

That time tuhan je tahu betapa berlengas dan xselesanya diriku ini...
Lepas setengah jam datang lg, dia kata xsiap lg kali ni my sis duduk dalam kete dah malas nk teman me tanya langsir.Dia kata xsiap jer mak buyong ni hilang sungguh kesabaran membebel sakan lah,then dia nya bos yg duk gyg kaki tanya ada apa,bangla tu kata lagsir me xsiap lg. Me pun apa lg mengadap kat cina tu,
lain kali u ckp ngan ur staf jgn ini mcm i bukan duduk kl td kata 2jam boleh siap klu ckp tak boleh siap
i boleh cr kedai lain maaaaa. ini berejam dah kat nilai3 nak jd haperrrrrr...

Ughhh, cina tu pun sedapkan hati ckp selalu xmcm ini,kali ni byk org tempah.
Tak kira lah ramai ke tak klu xboleh buat jgn pandai2 boleh confident ckp 2 jam....huaaaa
Naya betol kitorg masa niiiii!!!!Lepas bebel2 dah xlarat nk jln dah kita dok dlm kete parking depan kedai dia.Bangla tu sibuk gak melipat ada kakak ni punya tempahan menimbun gak la tgknya.
Siap tgk jerp me bebel2 td...Then kakak tu pun xbalik lg rupanya tunggu lg kain langsir balance
sikit2 bangla tu amik naik moto.Geram jugak la tgk.

Me plak asyik tanya jerp bila siap sampai nak jd singa betina gaklaahhhhh..
Siap ckp u klu belom jahit langsir bwk dtg sinilah i jahit.Cina tu dgn muka selamba sorry ye kakak boleh ke mcm tu nanti i tanya.Nmpak benor belum jahit siapkan kakak dari pahang ni punya tempahan. Eyhhhhh
boleh plak cmtuh ek dah berejam tunggu br nmpak gaya lum jahit lg langsirnya.Me balas boleh lahhh u bwk dtg sini tp u cuma amik deposit je la yg me byr RM300 tu.kain sume i angkut "dgn nada geram!!
Sampailah bangla tu tiba dgn moto bwk2 kain2 langsir akak tu dia tanya me nya dah start jahit ke belum 
bangla tu kata dah.Me bebel2 lg sampai adik me yg dok terbaring dlm kete pun boleh dgar me
bebel2 kt kedai2 tu.Time tu dah xingat ape dah & xtoleh kiri kanan kakak tu pun bz check langsir2 dia & suami dia stay dlm kete eyh**** boleh plak dia salahkan kakak tu nya tempahan byk tu yg lewat sket dia punya langsir RM2900 total..Soo????? dia punya tempahan 2900 apa kena mengena lain kali u ckplah ur staf jangan suke2 estimate time lollll.Kakak dr pahang tu lglah tempah dr pagi tuuu....ni dh nk maghrib baru jalan.,Kesiankan dia bawak anak & makcik mak dia kot..

Rupanya borak dok borak layankan sakit hati ni, cina tu cite kakak tu awal2 dah bebel2 lepas me ckp klu dr pagi dia cool jer bolehlah tunggu...Baru cina tu cite pancing punya pancing dia dah biasa dengar customer bising2.Hadoiiiiiiiiiiiiiii mentang2 lah dh xlarat beno nk bebel kat cina ni. Lepas borak sampai lah byang langsir me lega jugaklah nampak jugak bayangnya tapi kena tunggu lg 2 set lg..Aduhh xkuasa nk ckp dah...

Sementara tunggu diorang pasang eyelet & balance langsir me stay dalam kereta temankan my sis.
Xsampai 5 minit dtg lelaki mengamuk2 bila mau siap???? Lahh ada lg ke????Nayanya kt org cmni..
Kalau xsilap nilai 3 tutup kol 9pm kan ni dah kol 8pm masih ada yg menunggu..Weols jerp tunggu dr 3.30pm siap kesuluruhan jam 8.30pm bertolak balik jb dgn rasa keletihan teramat sangat rasa nk minum air sirap jerp gara2 menyirap!!! Ini pengajaran katanya..hahahahahha

Lain kali singgah nilai 3 dulu  pagi2 tempah langsir,balik shopping kt kl baru amikkk..hahaha
Tak tahulah abg tu hari balik kol bape ek???

Macam2 skrg nak customer berani janji sakan dgor maki hamun customer..aiyooooo
Me ni bukan jenis pemarah tp dsebakan kesabaran tu dah terlebih beno hadnya kan mak buyong dah beraksi tp xdela sampai jd singa betina..hahaha

Sekian shj luahan malam iniiii....

Thursday, July 4, 2013

SEPI SEORANG BLOGGER>>

Assalamualaikum,
Berbulan2 dah tak update blog erk lepas balik umrah dapat pulak berita yg menggembirakan..

 JENG

JENG

JENG
.
.
.
Hehehehehehehe

Alhamdulillah selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama keluarga, me disahkan pregnant.
Percaya atau idok je masa tu, menjerit jugaklah dalam toilet masa buat urine test kat mekkah then
test lagi kt JB..

Apa pun dengan izin ALLAH.Ku bersukur

Selepas dapat berita yg menggembirakan terus mitzes menyepikan diri dari dunia luar,
tak seperti selalunya Fb tu aktif jerp ada je aktiviti bersama kawan merayap bagai tp mengandung kali ini,
agak berbeza cepat emosi lagi2 tak boleh dekat ngan suami #Puloks kan..hahaha

Ragam orang mengandung mmg camni, masa anak pertama nak melekat je ngan suami,
Sampai suami gi kerja pun ikut sanggup tidur kat sofa tempat kerja hubby sampai balik kerja!!!

Kenangan #WanitaHamil saat2 mcm ni hanya 9bulan shj yea.
Lepas beranak pasti kita rindukan perot boyot kita ni. ahaks...........

Boyot2 gak dapatlah juga habiskan booking airasia 2 trip.
Jakarta & Bangkok,Alhamdulillah walaupun kali pertama berjalan dalam keadaan berbadan
dua semuanya baik2 shj...Nasib lah haiii booking sampai bulan mei shj klu idokkk
Rugii weyhhh mber2 pun mesti boring jer klu dah plan x gi kan..hahaha

Trip holiday je lah dapat spend ngan kengakwan 100%!!
Balik JB me terperap kat umah balik..hahahaha Sampai ramai yg xtau me tgh pregnant.
Tak berjalan mana org nak tahu ek,FB pun kurang hupdate nyaa..

Lepas trip2 yg membzkan terjebak plak ngan game #CandyCrush.
Thats whylah blog dipinggirkan.. #Sedeyh!!
So today sbb byk masa free xde homewerk nak buat baru ada mood nak menghupdatekan
diri kat blogger ni..Maaflah xde pic untuk trip sebelum2nya.Lagipun tempat2
yang dah pernah di update sebelum ni cuma bawak org berlainan jer dah macam tourist guide 
plak kita ni..hahaha..