Followers

Saturday, September 28, 2013

Pengalaman Bersalin

Semakin hari semakin tak lena tidurku..Me jangkakan akan bersalin awal seperti pengalaman pertama,rupanya meleset kerana mengikut tarikh due tggal 15hari sahaja lagi untuk tunggu baby bersedia nak keluar.Me juga dapat berita diluar jangkaan hasil test darah.. huhuhu #NakmoCitePasalDarah

Sementara nak menunggu hari ni,sempatlah me update blogkan untuk story pengalaman bersalin anak pertama.. Pengalaman nak dapatkan anak pertama lama jugaklah 3tahun menanti baru ada rezeki, memang byk dugaan masa awal perkahwinan sehingga tak balik2 johor jumpa family sebab menetap di kelantan untuk beberapa ketika. Nasiblah sempat balik johor masa mengandung 4bulan,bukan apa klu boleh mestilah nak menghadap ibu kitakan sebelum bersalin.

Masa mengandungkan anak pertama mmg 100% swasta sampai nak bersalin pun kt swastalah, anak pertamakan mesti nak yang terbaik tapi masa tu apa pun tak tahu apa dan tak buat research langsung.. Masa mengandungkan anak pertama ni tak ada alahan dan sihat2 jerp tapi satu peel ragam mak buyong nak melekat ngan suami jea...MEnjawab masa ni...hahahaha

Pergi kerja i follow ke mana2 pun i followlah uolsssssss...KECUALI toilet..hahahaha

Sehari sebelum nak bersalin tu mmg dugaan betullah,kereta boleh rosak pagi tu.Memang nak dijadikan cerita petang tu me gi toilet sekali pandang bawah ada titisan darah menitik.PANIKKKK betoiii mak yong menjerit macam apa dari toilet panggil hubby yang kat luar tu..Muka time tu toksah nak dibayangkanlah macam orang sakit separuh nyawa, padahal time tu tak sakit pun tapi mungkin panik nak bersalin.. Kereta?????? kt bengkel takkanlah nak naik moto jaguh dia plakkan ngan perot memboyot mmg taklah..hahaa Klu nak dibayangkan kalut masa tu mmg rasa kelakar tak boleh lupe.. Hubby call jiran yang duduk dalam permas gak la,minta tolong bini dia uruskan,dan kebetulan mmgla kakak siam ni free kan terus bawa me pergi hospital. Lepas urusankan bilik semua me call mak tuk datang teman me.Kesian plak kakak ni dah byk dah membantu, sampai sanggup tunggu org datang teman me baru dia balik.. Doc lepas magrib baru muncul check jalan baru buka 2cm katanya. Mak plak siap bawa bekal roti suh me makan untuk tenaga nak bersalin katanya..

Masa nak bersalin pun tiba,kata doc me kena operation sebab tali pusat me terbelit.. WAHHH!!!!!!!
Nak nangis ketakutanlah me masa ni..tgk muka mak merayu tak nak operate. Mak  cuba cakap ngan doc , seboleh2nya mmg me tak nak operate ,sampaikan bengang gak lah muka doc tu. Then dia cakap kalau tak nak operate kena pergi hospital kerajaan.. Masa tu me dah xfikir ape, me oke je berkemas then tunggu surat diorang untuk tukar me ke hospital kerajaan..Penjaga kaunter pun tanya klu nak naik ambulance kena charge ke hospital sultan ismail yang tak berapa jauh dari situ. Masa ni me diam menahan sakit,mak yg uruskan semua,mak dengar ambulance kena charge mahal jerp mak bising sbb dekat je kot..hahaa me xley ckp ape lahkan ,then mak suh callkan taxi.. Kena RM6 je uols!!!!ahaks

Sampai hospital pergi kecemasan terus pass surat kat kaunter then me di bawa ke katil yang ditutup kain setiap katil.. Nurse kat kaunter tu cakap klu hospital swasta mmg camtu nak cekik duit orang kata ada masalahlah sbb kalau operate harga lagi mahal.Masa tu me iyakan je lah,dalam hati burn ke duit deposit RM2000 dah bayar masa daftar sebulan sebelum bersalin..Sempat lg dok fikir tu..Selang setengah jam nurse selak tirai tanya dah pecah air ketuban dik?? me ckp belum then dia pegang ape tah dok masuk & pecahkan air ketuban ,dah mcm ape je rasa time tu, pop!! mcm jelly kuar basah katil...hehee Lepas pecahkan air ketuban nurse keluar tinggalkan me kesorangan,tetiba dalam setengah jam camtuh dah rasa tak sedap dah sakit yang teramat sangat sukar untuk digambarkan.Kalau sebelum ni rasa sakit tu macam memulas org sembelit je tapi yang ni sakit kejap2 tapi dia punya sakit kejap tu nak menahan tuhan je lah yg tahu perasaan me camne.

Kalau tak silap jam 12 me dah di usung masuk ke labour room.Masa ni mcm haunted je dengar dari bilik orang menjerit2 bersalin..Alahaiiiiii perasaan masa tu kan jantung rasa nak terkeluar dari badan ni.. hikhik Macam2 pengalaman yang me dengar masa tu dalam bilik dalam sedang menahan kesakitan tu..Masa plak berlalu rasa mcm lama sungguh,bayangkan 5minit rasa 5jam!!!Ohhhhhhh... Dlm bilik tetibe dengarlah jugak suara hubby dah sampai tapi menunggu diluar sahaja. Me plak separuh nyawa dh rasa nak menunggu bersalin ni,lepas doc ckp dah buka 5cm xsilap, me ckp me dah xtahan lagi dah ni koyakkan je lah **** teros kan mulot ni ckp camtuh..hahahahaa

Selang tak sampai 15minit nurse datang ngan kaum2 seangkatan (Nurse Pelatih) tapi nasib masa ni tiada org lelaki..Doc cakap dah tiba nak bersalin dan terangkan apa yang patut me buatlah.. Kejadiaan mmglah rasa sekali imbas sahaja, lepas doc suh bersedia meneran dalam 3kali teran Alhamdulillah lahirlah ADRIANA SYAHIRAH BINTI MOHD HAFFIS KUMAR.. At least me xkuarkan suara menjerit mcm me dengar sepanjang duk kat dlm bilik tu.. Sedihnya lepas buat pengesahan jantina me tak dapat pegang sebab masa ni suhu badan me naik dah demam takut berjangkit. Me pun ngadaplah nurse pelatih yang menjahit dengan tekunnya.Lepas baby keluar masa ni dah tak rasa apa dah,nak tido lagi aderrrrrr.. Lepas selesai me di bawa keluar bersama baby ,mcm tak caya je kuar mcm anak jeponn betollah.Tak jangka pun anak putih seputih salju memandangkan kulit bapanya begitu.Ngee Sesi mengazakan anak pun selesai mereka di minta pulang kerana tak dibenarkan pelawat menjaga.. Cam sedih je kannnn nak buat camne law kerajaan..hikhik

Lepas tibe di rumah dan kejadiaan di h0spital swasta pun dah diceritakan, tak tahulah apa jadi kat doc tuh.. Dengar cite hubby mengamuk sakan kat ofis tu.Nasib mengamuk je klu hancur tak tahu lah nak kata ape, nasib deposit dapat balik tapi dia cuma charge bilik seharilah.Padahal beberapa jam jerkk kannnn, sabar jelah tapi mmg bertuahlah masa tu,dari kena bayar beribu2 weols perlu bayar RM23.60 SAHAJA!! mcm xpercayaaa. hehehe Apa pun Alhamdulillah rezeki dapat jimatkan....



Tuesday, September 10, 2013

DEBARAN

Alhamdulillah, pejam celik raya pun habis sudah.. Dari xnak beraya jadi beraya sakan plak bawak perut ni kehulu hilir walaupun xberbaju raya..hehehee Kengkawan bising me asyik terperap kt rumah jerp jadi sedapkan hati mereka ikut jelah.. Kasi buka jalan bg senang beranak kaatanya.. Ngeee

So far persiapan baby sudah pun dibeli walaupun last minit tapi me beli warna2 yg selamatlah sbb dh lewat sgt klu nak scankan..Mana x nya asyik nk scan doc suh bg sihat dulu ,bila dh sihat xde masa plak nk gi scan , so SUPRISEeeeeeee!!

Debaran menghitung minggu makin terasa, xpernah rasa masa berlalu dengan cepat sgt.. Duduk rumah mengandung kali ni mmg cepat betul masa berputar,tup2 nak bersalin sudah.. *** apalahhh mak buyong merepek malam2 ni ek..hahaha Ni merepek gara2 kebuluran tunggu mr.suami tapawkan makan..huahuahua

Walaupun nak masuk anak kedua, hati masih resah dn gelisah. Lain anak lain cara ye dok.. Risau sbb ngandung kali ni alahan teruk sampailah penghujung ramadhan..Masa check up raya keempat HB menunjukkan kenaikan yg mendadak,rasa nk menjerit kegembiraan la jugak dlm tu. Alhamdulillah kesihatan pun makin menunjukkan peningkatan cuma lutut dn badan belakang je bisaa masih menyegat.. Apa pun masih menghabiskan masa2 terindah merasai kenikmatan kehamilan ini. Bukan selalu dpt rasa 9bulan tu pun rasa cepat berlalu.Jadi manfaatkan masa tuk bermanja2 ngan boyot ni..hehehe Okelah tulis punya tulis makanan pun dh sampai,xtau bila nak update lg ni..ngee