Followers

Sunday, April 19, 2015

Cabaran selepas anxiety

Alhamdulillah , azi baru sahaja selesai trip korea dan selamat tiba di johor bahru malam tadi.. Apapun syukur sangat tidak terjadi apa-apa yang tidak diingini di sana, mmg hampir2 sahaja beberapa kali nk kemuncak aura tu datang tapi cuba semampu yang boleh untuk mengawalnya.. Lagi susah bila orang tak faham keadaan atau situasi gejala panic attack ni.. Pada fizikal mmg normal tapi hakikatnya setengah mati melawan apa yg ada dalam diri ini dan hanya yg mengalami anxiety sahaja akan memahami bagaimana perasaan itu.. Trip kali ni mmg sedikit sahaja dapat pergi ,tu pun tempat2 penting seperti nami island, everland dan namsan tower.. Al-maklumlah ,keadaan kesihatan makin merosot jadi nk berjalan banyak pun tak mampu kerana mmg penat yang melampau dan tidak cukup waktu tidur boleh memudaratkan diri pesakit anxiety (yg tak pernah dirawat dan merawat dgn cara tersendiri) lagi2 di tempat orang ni...

Aura pertama ketika flight JB-Kl, disebabkan kami duduk berasingan dan kapal boleh delay itu yang menyebabkan aura itu datang kembali..Duduk pun xkena ,rasa ketat dada, susah nk bernafas , tak keruan , otak ibarat mesin dan mcm2 lagi perasaan insecure tu ada.. Segala mcm bacaan dah dibaca tetapi ia tetap datang sampai rasa nk jerit amik oxygen sendiri atas kapal tu..  Bila kapal landing ,keluar je rasa lega yg teramat mendalam...

Mulanya rasa mcm tak nak pergi sahaja korea tu sbb aura tu datang balik dan amat menyiksakan bg pesakit yg baru sahaja baik ni..Perasaan bimbang akan colapse mcm dulu , bimbang mcm mana org sekeliling tgk kt atas flight nanti & mcm2 lah... Azi standby ubat2 dan apa yg perlu dan tenangkan diri supaya dapat kekuatan untuk pergi juga.. Alhamdulillah bila duduk bersebelahan dengan adik azi aura anxiety tu tak datang siap tersengih bila nk depart tu, sbb mmg kita sedia tahu bila bersama dengan orang yg kita tak kenali itu mmg keadaan yg tak selesa akan datang dan azi mmg buat x-periment sendiri tu yang sengih kejap tu.. Apapun alhamdulillah flight return korea tiada apa masalah..

Ini adalah trip pertama selepas mengalami anxiety,keadaan masih tak dapat menjadi normal seperti dahulu.. Apapun masih bersyukur diberikan kesihatan begini kerana sebelum ini memang sangat teruk sekali, sampai tak boleh bercakap langsung.. Masa tu ingat keadaan tak boleh nk pulih kembali tp dengan izin tuhan dan pelabagai usaha dilakukan Alhamdulillah boleh hidup normal kembali..

Sepanjang trip korea ni, cuba mengalami kesukaran bernafas, kejang jari kaki, ketat dada ketika berjalan-jalan.. Bila org melihat mmg nampak biasa je kan, tuhan je yang tahu betapa sukarnya keadaan ketika itu dan bila sakit nak terus balik tempat penginapan bukan lah dekat kena melalui beberapa station subway dan bertukar station dan takkan lah yg lain pun kena ikutkan sedangkan banyak tempat yang mereka nak pergi.. Oleh itu azi gigihkan diri juga walau kaki bagai nk tercabut dada dan jantung bagai nk berhenti, cuma klu azi tak mampu cuma azi terpaksa cari tempat duduk dan rehat sbb azi ada thalasemia e-trait dan mmg cepat penat, bila penat yg melampau tulah yg akan menarik aura tersebut dr terjadi..

Pesakit anxiety mmg alah pada tempat yg sesak dan di korea mmg hampir setiap kali naik subway bersesak begitu survivalnya diri ini di tempat org..Kena cabar diri tp cabar diri ikut kemampuan, paling tak suka dengar bila org bercakap jgn fikir bukan2 hahaha.. Biasa dah dengar mcm ni, ni bukan ayat yg baik untuk pesakit anxiety sbb diri pesakit tidak di minta pun memikir yg mcm2 dan ada yg begitu tp mcm azi perasan insecure tu sendiri datang.. Begitulah pengalaman azi yg sedang melawan anxiety disoder ni sampai dah terbiasa hidup di dalam anxiety ni.. Next post azi share trip korea ni ok, sbb memerlukan masa untuk posting semua tu hehehe

No comments:

Post a Comment