Followers

Thursday, April 9, 2015

KESIHATAN WANITA SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi diberikan kesaihatan yang baik, walaupun masih tak sempurna tp syukur sangat dapat merasai kehidupan yang normal semula....

Sebelum ni mmg azi tak berapa sihat dan diberikan dugaan yang berat dan teramat berat sekali bagi azicuma yang mengalaminya tahu akan bagaimana rasa mati hidup semula... Semuanya bermula dari selepas melahirkan anak kedua azi.. Ok nanti azi akan share bagaimana dan apakah penyakit itu yang tidak dapat diubati dengan ubat doktor tapi hanya dengan dengan usaha dan keizinan Allah..

Kesihatan adalah amat penting terutama bagi wanita selepas bersalin, peranan emosi perlulah kita jaga agar kita bersedia untuk menangani stress yang melampau selepas melahirkan... Pelbagai dugaan apabila seorang wanita itu selepas melahirkan ditinggalkan suami, ada yang terpaksa berjauhan dengan anak dan stress ditempat kerja.. Emosi memainkan peranan penting bagi kaum wanita kerana kaum hawa ini amat sensitif sekali hatinya..

Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85 peratus sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakannya hanya mengalami pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan. Bagaimanapun, dalam segelintir 10 peratus wanita, gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan.

Proses kehamilan dan kelahiran adalah salah satu fasa perubahan dalam kehidupan seorang wanita yang mana ia boleh mendatangkan ketidakseimbangan dalam diri wanita tersebut. Ia boleh dianggap sebagai satu proses kematangan diri, walaupun sesetengah wanita, mungkin menghadapi masalah. Penyakit mental selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga kategori: Gangguan emosi postpartum Kemurungan postpartum atau meroyan Psikosis postpartum, juga disebut meroyan (Postpartum=waktu selepas bersalin) Ganguan emosi postpartum Ia berlaku ke atas 25 - 85% wanita yang baru bersalin. Tanda-tanda penyakit ini timbul beberapa hari selepas bersalin dan ia memuncak pada hari kelima. Namun begitu, gangguan emosi ringan ini biasanya pulih dalam masa dua minggu. Kemurungan postpartum Ianya berlaku di kalangan 10 - 20% wanita selepas bersalin. Gejala-gejala timbul dalam masa sebulan selepas bersalin. Pada kebiasaannya, penyakit ini sembuh dengan tersendiri dalam jangka masa tiga hingga enam bulan, tetapi bagi kes-kes yang berat ia mungkin berterusan sehingga dua tahun. Psikosis postpartum Keadaan ini jarang dijumpai tetapi serius dan berlaku dalam setiap 500 - 1000 jumlah kelahiran. Gejala penyakit ini timbul dengan pantas dan biasanya timbul beberapa hari sehingga dua atau tiga minggu selepas bersalin. Walaupun begitu,risiko tetap tinggi selepas beberapa bulan kemudian.

Info diatas azi copy dari blog ni http://keindahanpengalaman.blogspot.com/2013/04/gangguan-mental-selepas-bersalin.html

Berbeza dengan azi tapi sama puncanyanya... Bila kita sebelum ni seorang yang happy go lucky dan peramah, bertukar kepada seorang yang tak suka bergaul dan suka memerapkan diri dan pendiam..

Dari awal kehamilan lagi mmg azi dapat alahan yang teruk dan sentiasa kena update gi checkup 4hari sekali hingga seminggu sekali kerana kurang darah dan masalah anemia.. Bila buat screening test di akhir kehamilan tu baru dapat tahu yang azi ada thalasemia e-trait dan disebabkan itulah selalu hb asyik rendah.. Bukan itu sahaja keadaan sewaktu hamil begitu lemah dan lesu sampai terbaring dan tak aktif untuk melakukan kerja2 rumah atau keluar bersiar.. Keadaan itu menjadi terbiasa sehingga lepas beranak..

Selepas melahirkan pula, suami azi cadang berhenti bekerja dan ingin berniaga kedai makan.. Azi setuju sebab sebelum ni setiap malam dia kerja buat azi duduk rumah dalam ketakutan,malahan suami selalu sibuk dengan kerja yang tak tentu masa.. Apabila bekerja sendiri banyak waktu untuk bersama keluargakan, tapi apabila proses memulakan perniagaan amat rumit kerana dan azi pula baru beberapa bulan melahirkan anak kedua tetapi dah stress kehulur kehilir itu memdatangkan stress yang melampau..

Banyak yang perlu dibuat semasa proses memulakan perniagaan kerana harus dibuat perancangan yang betul dan keadaan waktu itu sangat serabut azi rasakan.. Waktu lewat malam baru sampai rumah dan terus tidur, rumah terabai apa semua tak fikir dah , yang difikir mana nak cari barang itu ini, mana nak cari tukang itu ini dan mcm mana nak buat itu ini...

Apabila kedai sudah memulakan operasi lain pula stressnya.... haha klu nak diingatkan mmg terlampau penat menjaga anak , jaga cashier dan macam2 lagi lah...

Begitulah antara punca dan tanda awal emosi terganggu azi dan azi akan ceritakan pengalaman azi dan cara azi tangani dengan cara azi juga walaupun mengambil masa yang agak lama untuk pulih biarpun simptomnya masih ada sampailah hari ni.. Azi kuatkan diri demi anak2...


No comments:

Post a Comment