Followers

Thursday, April 30, 2015

Korea Trip 2015

DAY 1


Bismillah... Assalamualaikum

Alhamdulillah berjaya juga habiskan trip ini w/pun ada masalah kesihatan yg dialami dan dapat diatasi semampu mungkin..

Trip kali ni mcm biasa adik azi (huda) , kawan satu U adik (zue ) ,dan kakak yg sama2 mengerjakan umrah dulu (kak hani ) dan tiga orang lagi azi tak kenal hanya mengenali di whatsapp sahaja dan mereka kenalan kak hani dan atas kenalan(kak mai & Kak yatie).. Salah seorang dari kami terpaksa membatalkan hasrat untuk ke korea kerana di sahkan hamil dan atas nasihat doc elakkan bercuti ke luar negara kerana dikuatiri kandungan lemah.. Kak Hany pun di sahkan hamil tetapi bertegas untuk pergi dan mengambil beberapa pil yg diberikan doc dan Alhamdulillah semuanya lancar ...

Hari yang dinanti tiba azi , huda & kak hani bertolak dari lapangan terbang senai dan tiba di KLIA pada jam 10;30pm , sementara Kak mai dan kak yati sudah pun tiba di KLIA dulu dari kami dan kami mencarilah kelibat mereka ni..

Sedang kami mencari kelibat mereka ditempat yg mereka beritahu , kami masih tak dapat cam mereka sbb xberapa mengenali mereka.. Berpusing jugalah sampai tiba di foodcourt sambil melilau mata mencari mereka ,terlihat kelibat seorang chinese dan muslimah sedang ketawa2 .. Kami dengar tp kami abaikan sbb rasanya bukan mereka, selang beberapa saat mereka text bagitahu yang mereka nampak kelibat kami dan kami iakan mmg betul kami bertiga...Terdengarlah bunyi ketawa yg berdekak sampai melambai ke arah kami, laaaaahhh sahlah mereka kerana muka kak mai ala2 chinese dan dr jauh rasa bukan grup kami..hahaha

Kami bertolak dari KLIA ke Incheon dalam jam  08;30am dan tiba waktu korea dalam 3;30pm
dan agak letih jugalah sebab dah lama xberjalan jauh duduk dalam flight rasa cepat busan..Sampai di
Incheon Airport kami menaiki bas ke guesthouse kami dan mengambil masa 1 jam lebih kerana dari Incheon airport untuk ke bandar seoul adalah sangat jauh...








Kami check in sepatutnya di guesthouse lain tetapi terpaksa dipindahkan kerana guesthouse kami tu sedang di renovation.. Mereka pindahkan kami di guesthouse kenalan mereka juga ,jadi kami pun setuju..





Waktu dapat bilik kami ingatkan semua satu bilik tapi rupanya kami dapat dua bilik yg begini.. Jadi dalam satu bilik berpecah tiga orang walhal dalam satu bilik ada dua double decker dan satu katil queen Alhamdulillah.. Mungkin harga ini lebih murah jadi mereka memberi dua bilik sebab ketiadaan bilik untuk pertiga org satu bilik..

Selepas rehat dan solat kami keluar melihat kawasan area guesthouse kami.. Persekitaran agak meriah dan happening kerana lokasi yg kami duduk ni adalah pertempatan university dan banyak tempat2 shopping yang murah jugak lah bg kami..

Untuk sampai ke sini, uols boleh menaiki subway dan turun di station HYEWA ..









Selesai bertawaf di sekeliling hyewa ni , kami cuma mampu beli fresh strawberry 2 kotak dengan harga 5000 won...Superb Murah kannn.. Memang terliur tgk gerai2 makanan kat sini tp mampu beli strawberri je la sbb yg lain tak halal kan, paling mengiurkan adalah tubokki.. haih sampai balik malaysia kempunan nak makan tubokki tu ..hehe

1 comment:

  1. Korea nyer matawang mmg tinggi kan...bertabah lah kita..thats y akak kalau pi mana2 mg bwk mknn dari sini..nak2 kalau mmg tempat tu susah nak cari makanan halal...psst...akak pi mana2 mmg x suka shopping...just explore dan explore je...hihihi...

    ReplyDelete