Followers

Thursday, April 30, 2015

KOREA TRIP DAY 2

Bangun pagi menggigil rasanya mcm air batu w/pun mmg dr smlm kami tak sentuh plug aircond tu pasang pun tidak sbb suhu sini sjuuuuuukkkk sangat.. hahaha Nasiblah bilik air mereka ni menyediakan water heaterkan, sampai malam tadi pun tidur pakai baju berlapis2 tetap sejuk..
Bayangkan klu musim winter eak??? hadoiiii

Kami breakfast roti & maggi je, adalah bawak spaghetti kengkonon nak masak oglio olio pat sini tapi xde tempat masak... hikhik.. Penyudahnya spaghheti tu pun ikut kami balik malaysia haha..

Selepas breakfast kami menuju ke nami island ----->>>



Perjalanan ke Nami island mmg jauh dan banyak transfer train, anggaran perjalanan adalah 2 jam.. Time ni mmg org bangun pagi nak pergi kerja,dan selalunya weekdays mmg train akan selalu sesak je kecuali weekend ... Korang boleh refer cara untuk pergi ke nami island ni kat namisun.com..




Terdapat dua cara untuk ke sini, iaitu menaiki bas di Isadong atau menaiki subway.. Kami memilih subway kerana kosnya agak murah cuma kena kuatkan dirilah bertukar2 train dan sampai di gapyeong station kami naik teksi dan dikenakan sebanyak 3-4000 won shj.. Mmg dekat tp teksi kami dikenakan 4000 won sbb teksi dah buka metre tp yg lain sibuk bergambor haha



Tiba di Nami Island akan nampak perkataan Imigration ni seolah2 kita hendak masuk ke negara lain, jgn lupa beli tiket dahulu di kaunter sebelahan ,opss negara ini tidak memerlukan pasport ye olok2 sahaja ..hee


Semasa di atas kapal kami berjumpa dengan Kakak yang satu bas dengan kami semasa di airport mmg meriahlah kan berborak.. Pada mulanya kami ingat Kakak ni hanta anak belajar di korea kerana ada anak bujang muda dengan beg besar bagai,rupanya sangkaan kami meleset kami dipertemukan semula di atas kapal ke pulau nami.. Kakak ni mmg kuat berjalan dan hanya bertiga sahaja termasuk seorang kawan dan seorang anak lelaki yg baru sahaja lepasan spm ..


 Jejak je kaki kat sini , mmg terpegun dengan keindahan Pulau Nami ni... Subhanallah cantik tak terkata dan cuaca masa sangat sejuk sampai ke tulang , buka mulut bercakap pun kuar asap tebal berkepok2 kat mulut hahahaa..



 



Betapa riangnya kami semua tiba di sini........












Berhenti kejap apa yang orang dok beratur panjang, rupanya kat sini gerai pau.. Makan panas2 masak guna kawah steam tu, alahaiiiiii terliur sungguh gagahkan diri untuk meneruskan perjalanan dan tetibe perut berkeroncong ...






Selesai bertawaf kami jumpa logo halal ni, syukur sangat.. Kami niat nak solat dulu tu yang terus menuju ke mussola tapi jumpa pulak restoran halal baru lagi selesa..


Sesiapa ke Nami Island nak solat boleh masuk ke Asian Cuisine ni di tingkat dua..


Masuk2 sahaja kami terserempak kakak2 yang tolong ambilkan gambar kami, meriah jugaklah time ni kami borak sakan...  Seronok je travel berdua ek.. Agaknya anak2 dah besar nnti azi beginikan masih travel keluar hihi... Kekakak ni suggestkan makan bimbimbop dan kami pun order tp berlainan rencah ,azi ambik ayam , zue amik daging dan kak mai amik octoposss.. hhehe







Apabila makanan kami sampai sahaja , kami disapa oleh owner hotel ni.. Tak ingat dah nama dia haha, dia tanya bagaimana rasa makanan dia dan dia juga meminta izin kami untuk diwawancara oleh journalist korea..wahhh tetibe rasa diri glemer plak.. Satu restoran kot tengok kitorg, mesti terfikir siapa ek kitorg ni dan mb owner ni nampak grup kami meriah agaknya, sampai ada org malaysia pun sapa kitorg time ni (kekakak tadi yang dah balik ) tu yang dia jadikan kami review untuk restoren beliau... Terima kasih atas layanan superb ni, rasa kami terharu diberi layan sebegini di bumi korea..




Masa kami makan ni hujan turun dengan lebatnya, dan cuaca bertukar gelap seperti jam 7;45 malam di malaysia mmg gelap walhal jam baru menunjukkan jam 4 petang.. Lucky us datang sini awal dan dah habis tawaf pun.. Kesian dengan pelancung yang baru datang tak berapa nk menikmati keindahan di namison republik ni kerana hujan... Apabila hujan surut kami keluar redah hujan gerimis sebab kalau tunggu habis plan tergendala nanti..




Siapa lagilah ni ek, rasa ramai kt sini kami bergambar dengan org malaysia dan mb ada je muka kami kat facebook atau blog diorg ek cuma yang satu ni lain , kami bantu ambik gambar satu family ni tapi di balas berkali2 gambar cantik pakai go pro dia.. Katanya nnti dia whatsapp, sekali betul2 dia whatsapp hantar gambar... Kami dahlah semua perempuan, relax je bini dia bila suami dia minta number perempuan mmg sporting habislah kakak ni...  Mmg suami dia ni jenis peramah =)









Pit stop terakhir kami di Namdemun... Shopping souveniur kt sini, kengkonon tak nak shopping ehh berjalan2 lepas pekena manisan korea ni terus cargas .. 3-4 beg plastiklah jugak kat sini... ahaha





Selalukan nampak manisan ni kalau orang pi korea, biasa dalam tv akan keluar yg mulut bising pakai cermin mata tu.. hehehe Tapi masa ni kawan adik azi tgk dok belek jacket2 murah 5000 won je kot tp size badan kecik2 boleh le tgk .. Sebenarnya adik azi ajak beli manisan ni kat orang muda hujung jalan namdemun ni ,hensem katanya tp tengok kesungguhan makcik pakcik ni panggil azi tak jadilah beli kat orang muda tu..  Benda sama je sume yang jual ni,kotak pun sama, sampai kat myeongdong pun ada jual gak jadi jgn risau klu xcukup...

Sebenarnya manisan kacang ni sedap di makan terus dan tak perlu dibawa pulang tapi kalau nak bawak pulang pun boleh tp agak keras sedeikit berbanding kami makan fresh2 di sini...

Selesai jalan di namdemun ni kami berpecah sbb kami bukan kaki shopping dan niat kami datang ke korea bukan untuk shopping jadi kami terus balik ke guesthouse menaiki subway turun ke hyewa..
Sementara yang lain tu mmg nampak muka gigih betol bab shopping terus cargas hahaha...

1 comment:

  1. Wah..cantiknya nami island...makin semangat akak nak baca travel azi sampai habis...akak mmg suka cara azi..pi travel explore tempat orang..bukan pi shopping...hihihi

    ReplyDelete