Followers

Friday, May 8, 2015

Korea Trip Day 3


PART 1


Hari ketiga plan ke EVERLAND !!!!!! Semangat betul kami semua nak pergi sini, nak fefeeling kanak2 riang gitu.. hehehehe

Korea ada dua theme park , satu lagi lotte world .. Lotte world ni ibarat genting higland , jadi kami pergi ke tempat everland yg mana theme park ini sangat luas dan besar... Betul2 habis gas kami kat sini =)  

Ada 2 cara untuk pergi ke everland, iaitu menaiki subway dan bas.. Pada awalnya alternatif kami adalah menaiki subway, namun malam sebelumnya bertukar plan untu menaiki bas.. Tukar angin, naik bas pulak macam mana kan..

Pastikan keluar awal, untuk tiba awal dan dapat jelajah byk tempat klu sampai awal.. Mmg duduk korea ni kami kena keluar jam 6;00am ..

Macam biasa kami dari hyewa , turun di dongdaemon park station ambil line 2 (hijau) Turun di GANGNAM STATION cari exit 10 dan terus dalam 50mtre jumpa bus stop ,lihat bas merah 5002 .. Kagum dengan sistem pengangkutan di korea ni, sangat teratur dan bersistematik.. Terdapat banyak bustop tetapi tak semua bas akan berhenti kecuali mmg dah tertulis di bastop tu no bas yang akan berhenti..












Orang sibuk tanya jalan, kami sibuk duk selfie.. hehe Ini group kakak yg sama2 jumpa di gangnam then gi everland sama2 =)




Apabila tiba di station everland... sebenarnya kita belumlah lagi sampai everlandnya hahahaa
kena naik satu lagi bus shuttle untuk sampai ke everland =)



Yeahh..... Tiba Sudah di everland ...


Kaunter tiket masuk ke Everland.. Sila dapatkan voucher diskaun sebelum ke everland, kami dapatkan di info kaunter kat namdemun sehari sebelum ke sini...







Ni kakak yang kami kenal masa sama2 kat gangnam.. Sama2 cari bas nak pergi ke everland =)








Paling best breakfast sambil menikmati suasana di everland.. Maggi goreng hijo.. Diminta membawa bekal yea ke sini, kerana mmg payah nak cari makanan halal di sekitar sini.. Kami bawak roti , maggi dan biskut2 ke sini bolehlah mengalas perut.. Makan maggi je pun berat badan naik.. haih pelikkk





Tempat Landing =)

Salah satu sebab kenapa azi nak pergi Everland adalah ingin melihat sendiri binatang2 yang tiada di Malaysia..





















Safari ni mmg terbaikkklah, rasa inilah detik paling bahagia tgk binatang besar2 mcm gini secara dekat dan LIVE!! Apapun wajib return sbb banyk lagi kami belum terokai di bumi korea ini =)
Ok sambung PART II ------>